• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mario Gomez Kembali Bimbing Pasukan Liga M?

oleh Ahmad Albab
06/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS jurulatih JDT, Mario Gomez berkemungkinan akan kembali mewarnai pentas Liga Malaysia musim depan.

Jurulatih berumur 60 tahun itu difahamkan telah menghubungi beberapa pasukan Liga Super dan dua pasukan berstatus kelab, PKNS dan Felda sedang pertimbangkan tawaran berkenaan.

Peluang mungkin lebih terbuka kepada PKNS yang ketika ini masih tercari-cari jurulatih baharu apabila Sven Gartung direhatkan pada bulan lalu.

Dengan kejayaan kekal di Liga Super musim depan, PKNS sedang mengorak langkah mempersiapkan pasukan dengan cuba membawa masuk beberapa pemain ternama tempatan namun mereka perlu dapatkan ketua jurulatih terlebih dahulu.

“Gomez masih berminat kendalikan pasukan di Liga Malaysia selepas tidak lagi berkhidmat dengan mana-mana pasukan sejak awal musim ini.

“Setakat ini Gomez menarik perhatian PKNS dan Felda tetapi tidak ada lagi perbincangan serius daripada kedua-dua pasukan.

“Mungkin beberapa minggu lagi kita akan lihat sebarang perkembangan seperti rundingan atau memeterai kontrak,” kata sumber terbabit.

Felda pula berada di tahap 50-50 untuk melamar Gomez memandangkan jurulatihnya kini, B.Satianathan, berjaya perbaiki prestasi pasukan itu sejak diambil alih pada pertengaan musim.

Menduduki tempat ketiga Liga Super dan mara ke separuh akhir Piala Malaysia, berjaya membuatkan kedudukan Satianathan seperti terjamin tahun depan dan mungkin sukar melihat Gomez sertai Felda tambahan pula bekas jurulatih kebangsaan itu mempunyai kontrak berbaki setahun lagi.

Namun, sebarang kemungkinan boleh terjadi berikutan Felda merupakan sebuah pasukan yang kukuh daripada segi kewangan. – mStar Online

 

Tags: Liga MalaysiaMario Gomez
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT 11 tahun Dominasi Liga Malaysia Sejak 2014  – Syafiq Rahim

JDT 11 tahun Dominasi Liga Malaysia Sejak 2014 – Syafiq Rahim

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas pemain Syafiq Rahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas berjaya melangkah ke...

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd