• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nuan Nuan Dihantar Balik Kampung

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nuan Nuan, anak panda gergasi betina yang dilahirkan di Malaysia, akan pulang ke China pada 14 November, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, anak panda gergasi itu akan dihantar terus ke Pengkalan Panda Dujiangyan di Sichuan, China, oleh Malaysia Airlines Berhad (MAB) Kargo Sdn. Bhd.

“Anak panda seberat 82kg itu kini menjalani latihan dengan dimasukkan ke dalam sangkar khas selama beberapa jam sehari untuk membiasakan diri dengan ruang yang mengehadkan pergerakannya.

“Nuan Nuan akan dipisahkan daripada ibunya dan hanya akan dipertontonkan kepada umum semasa hujung minggu, cuti am dan cuti sekolah,” katanya ketika berucap pada majlis perpisahan bagi Nuan Nuan di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) di sini pada Khamis.

Wan Junaidi berkata sungguhpun keputusan untuk menghantar Nuan Nuan pulang ke China merupakan suatu keputusan yang sukar dibuat, terdapat kemungkinan negara ini akan menyaksikan anak panda gergasi kedua di masa depan.

“Nuan Nuan, bertepatan dengan namanya, membawa begitu banyak kegembiraan kepada semua rakyat Malaysia dan pengunjung sejak lebih 26 bulan lepas dengan kelincahannya dan sentiasa sihat,” katanya.

Beliau berkata orang ramai masih boleh mengunjungi Nuan Nuan di GPCC pada setiap hujung minggu dan cuti umum sehingga 12 November.

Nuan Nuan, yang bermaksud ‘mesra’, dilahirkan pada 18 Ogos di GPCC, 15 bulan selepas ketibaan ibu bapanya Xing Xing dan Liang Liang.

Xing Xing dan Liang Liang datang ke Malaysia pada 21 Mei 2014 bersempena ulang tahun ke-40 Hubungan Diplomatik Malaysia-China.

Pasangan panda itu akan berada di Malaysia bagi tempoh 10 tahun.

Dalam perjanjian yang dimeterai antara kedua-dua negara pada 15 Jun 2012, mana-mana anak panda yang dilahirkan di Malaysia perlu dihantar pulang ke China sebaik sahaja anak panda itu mencapai umur dua tahun. – BERNAMA

Tags: Anak PandaZoo Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Night Zoo’ Johor Dibuka Bermula 27 Mac – Onn Hafiz

‘Night Zoo’ Johor Dibuka Bermula 27 Mac – Onn Hafiz

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor mengumumkan pembukaan Night Zoo di Zoo Johor bermula 27 Mac ini, sekali...

Oyen Kini Bergelar ‘Star of Zoo Negara’

Oyen Kini Bergelar ‘Star of Zoo Negara’

08/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Kehadiran 'Oyen', kucing yang tular 'bersahabat' baik dengan tikus gergasi capybara telah melonjakkan kedatangan pengunjung ke Zoo Negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd