• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Siasat Isu Boy Iman Dapat ‘Datuk’ Di Negeri Itu

oleh
08/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Setelah terbongkar rahsia tiada penyampaian gelaran Ayahanda daripada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), kali ini status Datuk diterima Boy Iman pula jadi isu!

Umum sedia maklum, aktor kacak era 1990-an itu atau nama penuhnya Norul­iman A. Rahman pernah mendakwa menerima gelaran Datuk daripada pihak kesultanan Naning selain Perak dan terbaharu Pahang tahun ini.

Bagaimanapun insiden penahanan Boy Iman yang juga Pengarah Urusan DBI Properties ekoran skandal penipuan penjualan projek banglo mini, menyebabkan ramai netizen mula mempersoalkan semula gelaran diterimanya.

Situasi itu mengakibatkan kerajaan Pahang menyiasat penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) ke atas Boy Iman setelah tular menjadi pertikaian terutama dalam kalangan pengguna media sosial ketika ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, pihaknya kini membuat semakan sama ada penama berikut menerima atau tidak penganugerahan darjah atau pingat kebesaran daripada istana Pahang.

“Semua dalam siasatan, saya tidak pasti. Tindakan boleh diambil jika dia menggunakan gelaran Datuk tanpa ada pertauliahan. Jika benar gelaran tersebut diterima, setiap penerima perlu menjaga etika dan kemuliaannya.

“Ia agar institusi istana terpelihara,” kata Muhammad Safian ketika diminta pemberita mengulas mengenai gelaran Datuk membabitkan Boy Iman yang kini direman pihak polis untuk membantu siasatan kes berprofil tinggi itu.

Beliau ditemui pada Perbarisan Perasmian Latihan Kem Tahunan 2017 Rejimen 505 Askar Wataniah, Sungai Miang di sini. Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berangkat mencemar duli ke majlis.

Boy Iman pernah menjelaskan kepada peminat menerusi laman Instagram awal tahun ini mengenai tiga gelaran Datuk yang diterima konon dianugerahkan daripada Sultan Naning, Perak dan Pahang ketika hari keputeraan rasmi.

Setakat ini, ramai artis tempatan pernah menerima anugerah DIMP daripada Sultan Pahang antaranya Awie, Nassier Wahab, Ziela Jalil, Sheila Majid dan paling baharu ialah Afdlin Shauki. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Boy Iman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Farid Kamil, Boy Iman Ditarik Balik Gelaran Datuk

10/02/2021
0

KUANTAN - Pelakon, Farid Kamil Zahari dan Boy Iman atau Noruliman A Rahman antara lima individu yang ditarik balik gelaran...

MED Nafi Terlibat Dalam Program Boy Iman

24/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) hari ini menafikan penglibatan dalam program Fingo Star anjuran Fingo (M) Sdn. Bhd....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd