• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesta Jualan Buku Terbesar Di Dunia Bermula

oleh AK-47
07/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

COLOMBO – Pesta jualan buku terbesar di dunia, lebih dikenali sebagai “The Big Bad Wolf,” telah diadakan di ibu negara Sri Lanka pada Khamis dengan sejumlah 1.5 juta buku ditawarkan, lapor agensi berita China Xinhua.

Diasaskan oleh Pengarah Urusannya, Andrew Yap dan Pengarah Eksekutif, Jacqueline Ng di Malaysia, jualan itu bertujuan menggalakkan tabiat membaca buku bahasa Inggeris pada harga berpatutan.

Jualan tahun ini, yang dirasmikan di Colombo oleh Menteri Pendidikan, Akila Viraj Kariyawasam, akan dibuka 24 jam sehari, sekali gus beri peluang kepada peminat buku untuk beli-belah tanpa henti selama 10 hari berturut-turut.

Ia akan berakhir pada 15 Oktober.

The Big Bad Wolf mendapat sokongan ProRead Lanka (Pvt) Ltd, sebuah firma yang mempunyai misi menyebarkan ilmu dengan buku pada harga mampu milik, dan Kementerian Pendidikan Sri Lanka.

Pengarah ProRead Lanka (Pvt) Ltd, Nishan Wasalathanthri, berkata mereka begitu teruja dengan peluang yang ditawarkan melalui Jualan Buku The Big Bad Wolf kepada golongan ulat buku dan ibu bapa di Sri Lanka.

“Sejak awal lagi kami telah mengenal pasti keperluan mengadakan jualan buku seperti ini di Sri Lanka, dan kami positif pengunjung akan gembira dengan pilihan buku yang ada selain pelbagai aktiviti yang kami sediakan bagi menggalakkan satu komuniti yang berkongsi ilmu,” katanya.

Menurut laporan media, The Big Bad Wolf mengadakan jualan pertamanya pada 2009 di negeri Selangor, Malaysia. Ia kemudian turut diadakan di Thailand dan Indonesia. – BERNAMA

Tags: bukuThe Big Bad Wolf
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita DAP Bantah Pengharaman Buku Tentang Tokoh Parti Komunis Malaya

Wanita DAP Bantah Pengharaman Buku Tentang Tokoh Parti Komunis Malaya

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Wanita DAP Selangor mempersoalkan pengharaman dua buah buku berkisar tentang perjuangan tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) yang...

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mendakwa tiada elemen negatif dan sensitif dalam dua buah buka yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd