• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Wanita PRS Tak Bercadang Jadi Calon PRU14

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAKAN (Sarawak) – Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Doris Sophia Brodie berkata beliau tidak bercadang atau bercita-cita menjadi calon dalam pilihan raya Parlimen akan datang.

Bagaimanapun, beliau berpendapat parti itu seharusnya mempertaruhkan sekurang-kurangnya seorang calon wanita di mana-mana enam kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Calon ini tidak semestinya saya sendiri oleh kerana kita tidak kekurangan calon wanita yang amat berkelayakan di kesemua kawasan parlimen ini,” katanya pada mesyuarat agung tahunan PRS bahagian Pakan di sini semalam.

Doris berkata beliau menerima terlalu banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ingin tahu sama ada beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum kelak.

“Apabila saya melawat ke kawasan pilihan raya PRS di mana-mana sahaja, orang sering beranggapan yang saya sedang meninjau kerusi untuk diri saya sendiri.

“Malang sekali inilah harga yang perlu saya bayar selaku ahli politik. Lebih banyak anda aktif dalam politik, lebih banyak pergerakan anda diperhatikan umum,” kata Doris, yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara,

Katanya, harapan beliau supaya kepimpinan pusat PRS mempertimbangkan lebih banyak wakil rakyat wanita Dayak bertujuan membalas peranan, dedikasi dan komitmen yang dilaksanakan mereka dalam memberi khidmat kepada rakyat seiring dengan wakil rakyat lelaki.

Menurut laporan, Presiden PRS Tan Sri Dr James Masing telah menyerahkan senarai calon parti bagi PRU14 kepada ketua menteri sarawak dan perdana menteri.

Beliau turut mengumumkan nama empat calon iaitu Datuk Joseph Salang (Julau), Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit), Datuk Wilson Ugak Kumbong (Hulu Rajang) dan Datuk Masir Kujat (Sri Aman).

Masing, bagaimanapun, belum mengumumkan nama calon bagi dua lagi kerusi PRS, iaitu Selangau dan Lubok Antu.

Penyandang kerusi Selangau ialah Datuk Joseph Entulu Belaun, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala bagi kerusi Lubok Antu pula ialah Datuk William Nyallau Badak. – BERNAMA

Tags: Calon PRU14Datuk Seri Doris Sophia Brodie
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Polis Minta Rakyat Bertenang

10/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati masyarakat supaya bertenang dan tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya wujud kacau...

Calon Bebas DUN Bugaya Umum Sertai BN

08/05/2018
0

CALON Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Abdul Muksin Mohamad Hasan mengumumkan menyertai Barisan Nasional (BN) sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd