• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saran Korporat Beri Sumbangan Tabung Pahlawan

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka menggesa pengusaha atau pemilik industri di negeri berkenaan agar menghulurkan sumbangan kepada Tabung Pahlawan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka bagi memastikan kebajikan bekas anggota tentera dan polis terus terbela.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata sumbangan sektor korporat kepada tabung tersebut kurang memberangsangkan dan tanggungjawab tersebut bukan hanya terletak pada bahu kerajaan tetapi sebaliknya tanggungjawab bersama.

Beliau berkata demikian kepaa pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Pahlawan dan Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan peringkat negeri Melaka di sini, hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan turut dihadiri Pengerusi Hari Tabung Pahlawan Melaka ,yang juga Exco Kerja Raya dan Kemudahan Awam, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan.

Dalam pada itu, Idris berkata kerajaan negeri menyasarkan untuk mengutip kira-kira RM150,000 bagi mengisi Tabung Pahlawan negeri tahun ini berbanding RM142,000 tahun lepas.

“Pada tahun ini, kerajaan negeri akan menyumbangkan kira-kira RM70,000 berbanding RM50,000 pada tahun lepas memandangkan keperluan bagi membantu dan membela kebajikan veteran tentera dan polis di negeri ini semakin meningkat,” katanya.

Pada majlis berkenaan, seramai 10 veteran tentera dan polis masing-masing dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan negara daripada ancaman musuh.

Sementara itu, veteran tentera berpangkat koperal Ramli Mat Arip, 71, berkata beliau amat terharu atas penganugerahan PJM kerana tidak menyangka akan menerimanya pada usia tersebut.

Beliau, yang berasal dari Felda Tun Ghafar Kemendor di Jasin di sini, berkata penglibatan selama 16 tahun dalam angkatan tentera sejak berusia awal 20-an itu merupakan jihadnya untuk membantu mempertahankan negara daripada serangan komunis pada ketika itu.

“Pakcik masuk tentera secara sukarela sebab dulu komunis banyak bukan macam sekarang…banyak pengalaman pahit manis yang dilalui khususnya ketika berhadapan dengan komunis. Yang penting keikhlasan kita tanpa mengharapkan balasan,” katanya.

Ramli turut menasihatkan generasi muda pada hari ini untuk terus mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara dalam apa juga bentuk ancaman atau serangan agar negara tidak tergadai ke tangan musuh. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohon UMNO Pusat Batal Kelayakan Idris Bertanding

27/06/2018
0

MELAKA - Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu memohon kepimpinan tertinggi UMNO pusat membatalkan kelayakan Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Idris...

UMNO Melaka Fail Petisyen Cabar Keputusan PRU14

25/06/2018
0

MELAKA - UMNO Melaka telah memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin lepas bagi mencabar keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd