• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2018: Gerakan Gesa Perkenal Semula MyDeposit

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan semula Skim Pembiayaan Rumah Pertamaku (MyDeposit), bertujuan membolehkan lebih ramai golongan muda Malaysia untuk memiliki rumah sendiri, dalam Bajet 2018.

Pengerusi Biro Belanjawan dan Anggota Jawatankuasa Pusat Gerakan Datuk Lim Thuang Seng berkata skim itu, yang diperkenalkan dalam Bajet 2016, mendapat respons yang baik daripada masyarakat dan ia sepatutnya ditawarkan semula supaya lebih ramai akan memperoleh manfaatnya.

“MyDeposit adalah satu daripada beberapa cadangan yang dikumpul Gerakan berdasarkan maklum balas yang kami peroleh daripada orang ramai,” katanya dalam sidang akhbar di Menara PGRM di sini hari ini.

MyDeposit dilancarkan pada 6 April tahun lepas dengan peruntukan RM200 juta selepas dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2016.

Ia membantu kumpulan M40 dengan pendapatan isi rumah antara RM3,000 danRM10,000 untuk membeli rumah pertama mereka yang berharga RM500,000 atau kurang, dengan membayar 10 peratus pendahuluan daripada harga rumah atau maksimum RM30,000 bagi hartanah di bawah RM500,000.

Lim berkata cadangan lain yang dibuat parti berkenaan termasuk untuk mengurangkan atau mengecualikan rakyat Malaysia daripada bayaran masuk ke tempat menarik di negara ini.

Beliau berkata langkah itu, jika dilaksanakan, akan membantu merancakkan industri pelancongan dan ekonomi.
Katanya semua cadangan akan dikemukakan kepada Najib tidak lama lagi.

Najib dijadual membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat pada 27 Okt. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018Datuk Lim Thuang Seng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bajet: Perlis Ambil Kira Detik Hati, Keperluan Rakyat

12/12/2017
0

KANGAR - Bajet Perlis 2018 dirangka dengan mengambil kira detik hati serta keperluan rakyat tanpa menganaktirikan mana-mana pihak, kata Menteri...

Bajet 2018: Inklusif Dan Menyeluruh

11/12/2017
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan nama yang paling mencerminkan Bajet 2018 yang dibentangnya pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd