• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persatuan Sejarah Malaysia Jawab Tuduhan PAGE

oleh AK-47
04/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Pada masa akan datang kami akan lebih sensitif dan peka terhadap pihak-pihak yang dibentuk oleh suhu politik semasa”

Demikian respons Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kuala Lumpur (PSMKL) keatas Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE) yang mengecam penganjuran pertandingan hiasan sekolah bertemakan “UMNO dan Kemerdekaan” di Putrajaya baru-baru ini.

Pengerusi PSMKL, Dr. Mohd Emil Azril Bahari berkata, pertandingan berdasarkan aspek sejarah anjuran bersama pihaknya serta Biro Pendidikan Parlimen Putrajaya itu diadakan bersempena sambutan bulan kemerdekaan peringkat Putrajaya

Malangnya, kata beliau, PAGE secara melulu menuduh pertandingan itu melunturkan keyakinan terhadap sistem sekolah kebangsaan kerana menjadikan sekolah sebagai tempat penyebaran politk.

“Kami melihat kenyataan oleh PAGE ini bersifat melulu untuk memberi pandangan yang negatif dan mengelirukan orang ramai terhadap usaha kami.

“Tema pertandingan ini berkaitan dengan sejarah UMNO dan parti-parti politik lain berjuang untuk kemerdekaan Malaya dalam tempoh dari tahun 1946 hingga Merdeka pada tahun 1957 merupakan satu fakta yang tidak dapat disangkal dan terukir dalam lipatan sejarah negara ini.

“Justeru, PAGE (yang mendakwa) sebagai kumpulan aktivis pendidikan tidak seharusnya memainkan isu ini seolah-olah ia bukannya fakta sejarah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Emil berkata, PSMKL telah terlibat dalam memberi pandangan kepada jawatankuasa penganjur bersama pertandingan itu sejak 2014 malah menyediakan kepakaran teknikal serta pasukan juri.

Bagaimanapun, katanya, penganjur tidak terlibat tentang cara dan bagaimana sekolah dan pelajar bersaing daripada segi kreativiti dan ekpresi dalam usaha ke arah merealisasikan tema yang diberikan.

“Dengan menghidupkan kembali detik-detik sejarah melalui drama dan persembahan, para pelajar bukan sahaja akan diberi pengalaman pembelajaran, tetapi akan membolehkan mereka menikmati proses pembelajaran sejarah dan peluang untuk merasai pengalaman ketika proses tersebut berlangsung.

“Oleh itu, bendera UMNO yang dikibarkan oleh pelajar tidak harus dipetik di luar konteks,” katanya lagi.

Mohd Emil menyenaraikan empat parameter yang ditetapkan oleh PSMKL sebagai bimbingan kepada penganjur pertandingan itu seperti berikut:

– Tema berunsurkan sejarah harus sesuai dengan sukatan pelajaran sekolah kerajaan yang terdapat dalam buku teks sejarah

– Pertandingan ini adalah untuk mengasah kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam subjek sejarah untuk para pelajar mengetahui sumber sejarah dan melatih keyakinan mereka untuk memberi ucapan dan persembahan kepada juri mengenai tema pilihan mereka

– Pelajar juga harus mempelajari asas-asas perlembagaan dan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan menerusi proses politik dan membezakannya dengan perjuangan kemerdekaan melalui perjuangan mengangkat senjata

– Penghakiman dilakukan secara telus oleh anggota PSMKL. (Dari tahun 2014-2016 PSMKL telah menyediakan dua panel juri untuk pertandingan. Tahun ini, Penolong Bendahari Kehormat PSMKL telah dilantik sebagai Ketua Juri. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Dr. Mohd Emil Azril Bahari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd