• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Staf Kementerian,10 Firma Seleweng RM100 Juta

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya lima pegawai kementerian yang dipercayai ada kaitan dengan 10 syarikat menggelapkan dana lebih RM100 juta telah dikenal pasti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sebuah laporan eksklusif New Straits Times, mereka telah melakukan kegiatan haram tersebut melalui projek-projek yang diragui kewujudannya sejak beberapa tahun lalu.

Terdapat juga projek didakwa tidak dijalankan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Kes ini bukan sahaja mencuri dana yang sepatutnya disalurkan oleh pembangunan infrastruktur, malah program makanan pelajar miskin turut menjadi mangsa hubuan,” menurut sumber kepada akhbar harian berbahasa Inggeris itu.

Kumpulan pegawai kanan di kementerian yang tidak didedahkan namanya itu dikatakan bekerjasama dengan beberapa syarikat untuk menyeleweng peruntukan tersebut bagi projek kerajaan yang sepatutnya digunakan untuk meningkatkan kebajikan dan infrastruktur masyarakat.

Cara ‘kerja kotor’ mereka mudah: sekadar mengisytiharkan secara hitam putih bahawa projek telah selesai, walaupun tiada sebarang kerja yang dilakukan.

Namun, tertuduh dilaporkan lupa kewujudan sistem Laporan Transaksi Mencurigakan Bank Negara Malaysia, yang berjaya mengesan pergerakan wang yang besar dalam akaun-akaun bank yang ada kaitan dengan suspek.

“Ini membabitkan puluhan projek dan inisiatif yang sepatutnya dilaksanakan untuk membantu golongan miskin termasuk yang bernilai antara RM500 juta dan RM1 bilion,” kata sumber tersebut lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: SelewengSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd