• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengikrar Derma Organ Diminta Beritahu Keluarga

oleh Ahmad Albab
04/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Golongan yang telah berikrar untuk menderma organ dinasihatkan untuk memaklumkan tujuan mereka kepada keluarga masing-masing bagi memudahkan proses pemindahan organ setelah mereka meninggal kelak, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Beliau ​​​​berkata walaupun mereka telah berikrar untuk menderma organ namun pihak hospital masih memerlukan persetujuan keluarga terdekat bagi proses tersebut.

“Buat masa ini kadar pendermaan organ selepas kematian hanyalah sekitar 1.0 penderma bagi setiap juta penduduk Malaysia berbanding dengan negara lain seperti Korea Selatan 9.96 penderma bagi setiap juta penduduk (pmp) , United Kingdom (21 pmp) dan Sepanyol (39.7 pmp),” katanya pada sidang media bersempena majlis penutup Forum Derma Organ di sini hari ini.

Sehingga 31 Ogos, seramai 394,809 orang telah mendaftar sebagai pengikrar di Malaysia dengan pecahan kaum penderma adalah 40.34 peratus daripada kaum Cina, Melayu (30.61 peratus), India (22.79 peratus) dan lain-lain sebanyak 6.27 peratus, katanya.

Namun, katanya, bilangan penderma sebenar selepas kematian adalah jauh lebih kecil iaitu sejak program perdermaan dimulakan di Malaysia pada 1975 sehingga hari ini hanyalah 620.

“Jurang di antara bilangan penderma organ sebenar ini adalah amat ketara berbanding bilangan pesakit yang mengalami kegagalan organ tahap akhir dan perlu menjalani pemindahan organ gantian,” katanya.

Sehingga 31 Ogos tahun ini, terdapat lebih 21,000 pesakit sedang berada dalam senarai menunggu organ kebangsaan dengan majoritinya merupakan pesakit kegagalan buah pinggang selain hati, jantung dan paru-paru, katanya.

Sejak 1975 sehingga hari ini, sebanyak 2,047 pembedahan transplan organ dilakukan di negara ini melibatkan Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang dan Institut Jantung Negara, katanya.

“Pemindahan organ amat diperlukan bagi pesakit yang mengalami kegagalan organ seperti buah pinggang yang mana kos haemodialisis bagi setiap pesakit setahun adalah sekitar RM40,000 berbanding kos pembedahan pemindahan buah pinggang RM30,000 dan ia umpama memberi sinar kehidupan baru kepada mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: penderma organ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penderma Organ Rendah, Jumlah Pesakit Tinggi

29/10/2017
0

KOTA BHARU - Jumlah pengikrar pendermaan organ di negara ini jauh masih rendah iaitu hanya 1.2 peratus atau 397,476 orang...

Penderma Organ Dalam Kalangan Belia Masih Rendah

08/10/2017
0

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan menggesa lebih ramai golongan muda tampil menjadi pengikrar penderma organ bersempena kempen Minggu Kesedaran Pendermaan Organ...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd