• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Bajau Laut Ditahan Kes Buru Penyu Haram

oleh AK-47
04/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang lelaki dan seorang wanita, kedua-duanya etnik Bajau Laut, ditahan di Semporna hari ini bagi membantu siasatan berhubung kegiatan haram memburu penyu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Pulau Dinawan pagi tadi, manakala wanita lingkungan 30-an itu ditahan di Kampung Amboh-Amboh, Pulau Bum-Bum pada sebelah petang.

“Dijangka lebih banyak tangkapan dilakukan selepas ini.

“Beberapa suspek utama yang telah dikenal pasti dalam siasatan kes ini masih belum dapat ditahan kerana kesukaran untuk mengesan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Tuuga berkata pencarian itu membabitkan anggota Polis Marin Semporna, Taman-Taman Sabah dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Semalam, seorang lelaki berusia 60 tahun ditahan berikutan penemuan bangkai dan ratusan rangka penyu berselerakan di pulau Bum-Bum yang tular minggu lepas.

Mengenai siasatan kes pembunuhan seekor gajah jantan yang bangkainya ditemui terapung di Sungai Kinabatangan pada 25 Sept, pengarah Jabatan Hidupan Liar itu berkata usaha menjejaki lokasi pembunuhan gajah itu masih diteruskan selepas individu yang pada awalnya dianggap suspek dalam kes itu, didapati tidak terlibat dengan pembunuhan gajah tersebut.

“Rumah suspek berkenaan digeledah pagi tadi, tetapi tidak menemui bukti yang mempunyai kaitan dengan gajah tersebut.

“Pencarian itu bagaimanapun menemukan sebahagian daripada spesies lain yang dilindungi, iaitu rusa sambar dan babi berjanggut,” katanya.

Dalam operasi yang turut membabitkan renjer Jabatan Hidupan Liar dan polis Kinabatangan itu, Tuuga berkata dua lelaki Indonesia ditahan bagi siasatan lanjut kerana memiliki secara haram, bahagian haiwan yang dilindungi. – BERNAMA

Tags: ditahanKes Buru Penyu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd