• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banyak Darah, Muntah Dalam Mulut Kim Chol

oleh AK-47
03/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ada banyak campuran darah, muntah dan air liur dalam mulut Kim Chol atau Kim Jong-nam semasa dia diberi rawatan di sebuah klinik perubatan.

Dr Nik Mohd Adzrul Ariff Raja Azlan, doktor di Klinik Perubatan Menara di klia2, berkata campuran cecair dalam mulut pesakit menyekat pandangannya untuk mencari pembukaan trakea.

“Jadi kita terpaksa menyedut cecair itu keluar terlebih dahulu sebelum meneruskan prosedur intubasi. Selepas membersihkan cecair menggunakan mesin sedutan, saya baru dapat melihat pembukaan trakea dengan jelas dan intubasi berjaya dilakukan.

“Ini dibuktikan dengan peningkatan penepuan oksigen sehingga 93 hingga 94 peratus di bawah intubasi,” kata beliau semasa memberi keterangan pada perbicaraan warga Indonesia Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, yang menghadapi pertuduhan bersama-sama empat yang lain yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Perlepasan Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 9 pagi, 13 Feb tahun ini.

Ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin tentang mengapa pesakit terpaksa menjalani intubasi, saksi keempat itu berkata ini kerana peredaran oksigen pesakit adalah perlahan dan tahap penepuan tidak dapat kembali normal walaupun diberi masker muka dan musker hidro.

Doktor itu berkata selepas intubasi, tekanan darah pesakit telah bertambah baik dan bacaannya ialah 108/70 sementara denyutan nadi menunjukkan kepada 90 hingga 100 seminit dan penepuan ialah 94 peratus.

“Oleh itu, pesakitt berada dalam keadaan stabil tetapi kata perlu memindahkan pesakit ke hospital bahagian ICU,” kata beliau ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azmi Ariffin.

Beliau berkata sebelum ini tekanan darah pesait tiba-tiba menurun ke tahap sangat rendah dari 220/109 kepada 70/40, dan bahawa beliau kemudian perlu memberi atropin dan adrenalin untuk terus memulihkan keadaannya.

Dr Nik Mohd Adzrul Ariff berkata lelaki itu mengalami sawan ketika dihantar ke klinik dan dia menggenggam kuat kepalanya. – BERNAMA

Tags: Kim Jong-Nam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Prank’ Ubah Perjalanan Hidup Siti Aisyah

30/09/2019
0

JAKARTA - "Saya tidak tahu apa yang telah saya lakukan. Mereka berjanji akan menjadikan saya seorang bintang. "Saya berasa bodoh...

Kim Jong-nam Sumber Maklumat CIA

11/06/2019
0

WASHINGTON – Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang dibunuh di Malaysia pada tahun 2017 adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd