• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hamidah Lapor SPRM Tuduhan Jahat Syed Saddiq

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Datuk Hamidah Osman hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didakwa menuduhnya sebagai ejen UMNO.

Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata walaupun tidak dinyatakan secara jelas, namun beliau percaya tuduhan itu dilemparkan terhadapnya terutama membabitkan habuan bernilai RM5 juta yang didakwa konon cuba disogokkan kepada Syed Saddiq.

Kata Hamidah, tuduhan yang dibuat Syed Saddiq itu nyata tidak berasas dan sengaja dilakukan bagi meraih kepentingan politik.

“Walaupun saya tak boleh jelaskan secara lanjut sepertimana dinasihatkan SPRM, namun saya berharap siasatan secepat mungkin dapat dibuat.

“Saya juga tidak pernah tahu mengenai wang RM5 juta itu tapi dalam kenyataan Syed Saddiq ia semacam ditujukan pada saya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di pejabat SPRM Perak di sini.

Semalam, Syed Saddiq menjelaskan ada cubaan daripada seseorang di luar Pakatan Harapan cuba menyogoknya dengan wang bernilai RM5 juta sekiranya meninggalkan PPBM selain mendakwa dijanjikan dengan peruntukan untuk membuka sekolah debat di seluruh negara.

Menjelas lanjut, Hamidah berkata laporan kepada SPRM dibuat bagi membolehkan satu siasatan secara telus dijalankan agar dapat membongkar perkara sebenar.

“Saya mahu membersihkan nama saya dan pada masa yang sama mahu perkara benar serta adil ditegakkan pihak SPRM,” katanya. – BERNAMA

Tags: PPBMSPRMSyed Saddiq
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd