• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Hukuman Buang Sekolah Bagi Pelajar Bermasalah

oleh AK-47
03/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mencadangkan hukuman buang sekolah digantikan dengan kelas pemulihan atau peralihan untuk pelajar bermasalah yang diisi dengan aktiviti yang boleh membimbing semula mereka.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menyarankan Kementerian Pendidikan menimbang semula hukuman buang sekolah itu memandangkan kebanyakan pelajar yang dibuang sekolah lebih terdedah untuk bergaul dengan golongan yang salah dan terlibat dengan jenayah.

Merujuk kepada kes kebakaran yang meragut 23 pelajar dan guru di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, beliau berkata tujuh remaja yang ditahan sebagai suspek kes tersebut merupakan remaja yang telah dibuang sekolah.

“Jelas di sini adalah, adakah hukuman buang sekolah adalah yang terbaik kepada remaja yang bermasalah,” katanya kepada media selepas melancarkan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2017 di sini hari ini.

“Oleh itu, peranan guru kaunseling adalah amat penting untuk mengambil alih tanggungjawab bagi membentuk mereka agar dapat kembali semula ke alam persekolahan,” katanya.

Rohani berkata hukuman buang sekolah dilihat seperti menafikan hak kanak-kanak atau remaja bagi mendapatkan pendidikan asas.

Beliau berkata kebanyakan ibu bapa mungkin tidak mengetahui bahawa anak mereka telah dibuang sekolah kerana pelajar terbabit bersiap seperti biasa ke sekolah.

“Mereka mungkin tidak berani untuk menyerahkan surat buang sekolah itu kepada ibu bapa dan berpura-pura pergi ke sekolah seperti biasa, walhal telah pergi ke tempat lain dan bergaul dengan mereka yang bermasalah,” katanya.

Rohani berkara perkara itu telah dibawa ke mesyuarat Kabinet dan berharap Kementerian Pendidikan dapat memberi perhatian terhadap saranan tersebut untuk dibincang secara lanjut.

“Malah semua kementerian telah diarahkan untuk mencadangkan program intervensi untuk mengatasi masalah sosial yang berlaku sekarang ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah JSKK Sarawak Mahu Pantas Selesai Kes

19/04/2018
0

KUCHING - Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak (JSKK) Sarawak menetapkan sasaran untuk menyelesaikan kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam tempoh enam...

Lelaki Mangsa Keganasan Rumah Tangga Perlu Tampil

01/04/2018
0

ISKANDAR PUTERI – Kaum lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga diminta tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan pembelaan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd