• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wang Sumbangan Sedang Diaudit Sebelum Diagihkan

oleh AK-47
03/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wang sumbangan orang ramai kepada waris mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) bakal diagihkan dalam waktu terdekat selepas selesai jalani proses audit.

Pengetuanya, Muhammad Zahid Mahmood berkata proses audit wang sumbangan dari diterima setakat 1 Oktober akan mengambil masa kira-kira dua minggu dan ia dilakukan oleh khidmat audit luar supaya proses pengiraan dapat dijalankan secara telus.

“Kami telah melantik auditor yang bertauliah untuk mengira jumlah yang sebenarnya supaya kita telus, tidak ada penipuan dan pihak audit itu sendiri akan mengesahkan jumlah sebenar,” katanya memetik laporan daripada sebuah stesyen televisyen tempatan.

Baca: “Kami Belum Terima Satu Sen” – Waris Mangsa
Juga: Waris Mangsa Kebakaran Tragedi Tahfiz Dakwa Diabai

Jelasnya, sumbangan itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu sumbangan daripada orang ramai kepada DQI yang akan dibahagiakan sebahagian besarnya kepada waris, manakala yang selebihnya akan digunakan pusat tahfiz itu.

Yang kedua sumbangan orang ramai khas untuk waris mangsa yang akan dibahagikan sepenuhnya kepada waris pelajar dan pengajar yang terkorban, juga pelajar yang tercedera dalam tragedi hitam itu.

Tambah Zahid, dari segi pembahagian sumbangan itu kepada waris mangsa pihaknya perlu mendapatkan nasihat peguam agar sumbangan itu diberikan kepada waris yang selayaknya.

“Sebagai pemegang amanah, saya perlu bertanggungjawab menggangihkan sumbangan orang ramai itu kepada yang berkenaan,” katanya.

Penjelasan beliau itu seterusnya menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa ada segelintir waris belum menerima wang sumbangan daripada orang ramai.

Beliau turut melahirkan keyakinan untuk bangkit membangunkan semula DQI awal November nanti di bangunan yang baru. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ittifaqiyah: 9 Mayat Penghuni Tahfiz Ditemui Rentung

20/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Dua pakar forensik yang memeriksa 11 daripada 23 mayat penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang maut...

Kebakaran Tahfiz: DNA Lelaki Ditemui Pada Tong Gas

29/01/2019
0

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah diberitahu terdapat kesan DNA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd