• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Siti Nurhaliza Sedar Dirinya Dirindui” – Rozi

oleh AK-47
03/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANYAK pula desas desus yang timbul apabila mendapati penyanyi Nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza seakan-akan ‘hilang’ dari dunia hiburan juga di alam maya.

Ada pula pihak dakwa konon ‘kehilangannya’ itu umpama merahsiakan diri yang sedang sarat hamil daripada pengetahuan umum.

Tapi bagaimana pula kata-kata sumbang yang menyatakan Siti sudah tidak relevan dalam dunia muzik masa kini?

Menjawab pelbagai spekulasi dan dakwaan itu, pengurusnya Rozi Abdul Razak ada memuat naik satu gambar dengan caption yang menjawab segala dakwaan dilemparkan kepada penyanyi kesayangan ramai itu.

Ini gambar yang @ctdk pos di instagram beliau semalam, katanya saya chef yang sibuk memasak di dapur rumahnya. Bagi saya, hidangan atau menu itu bukan perkara asas, keberadaan dan kesediaan itu lebih utama. Kami berbual-bual panjang, tengahari sehingga ke petang dan berlarutan ke malam hari. Konklusi: Dia sedar dia dirindui. Saya menangkis tentang kata-kata orang, populariti jatuh, tak dapat sambutan, tidak relevan dan sebagainya. Kata saya: 21 tahun lebih berbakti dan mengabadikan tanpa meninggalkan lebih dari satu bulan kerjayanya, beberapa bulan ini dia memilih untuk berehat. 21 tahun bernisbah hanya beberapa bulan. Janganlah menghakimi beliau kerana beliau berhak untuk memilih ‘masa’ untuk dirinya. Berita baik: Dia tahu anda merinduinya. ☺️☺️❤️❤️❤️❤️#Repost @ctdk (@get_repost) ・・・ Chef istimewa @rozisangdewi dan assistant @cteafairuz beraksi di dapur ..tq my lovely sis 💐💐💋

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on Oct 2, 2017 at 4:26pm PDT

“Saya menangkis tentang kata-kata orang, populariti jatuh, tak dapat sambutan, tidak relevan dan sebagainya,” tulisnya menerusi laman Instagram.

Tambahnya, itu tidak adil untuk pelantun suara bagi lagu Segala Perasaan didakwa sedemikian kerana katanya sepanjang 21 tahun penglibatan Siti dalam dunia muzik tanah air, dia telah memberikan yang terbaik.

Rozi juga menyatakan apalah sangat dengan pembabitan Siti dalam industri jika nak dibandingkan dengan masa yang diambilnya untuk memberikan ‘me time‘ kepada diri sendiri.

“21 tahun berbakti dan mengabdikan tanpa meninggalkan lebih dari satu bulan kerjayanya, beberapa bulan ini dia memilih untuk berehat.

“21 tahun bernisbah hanya beberapa bulan.

“Janganlah menghakimi beliau kerana beliau berhak untuk memilih ‘masa’ untuk dirinya,” tambahnya lagi.

Mungkin peminat-peminat Siti merinduinya kerana jika perasan Siti bukan sahaja tidak muncul di kaca-kaca televisyen, tetapi tidak juga di laman Instagram.

Dia hanya memuat naik dan repost gambar-gambar dari produk yang dikeluarkannya seperti koleksi Creation by Siti Nurhaliza serta barang kosmetik Simply Siti sahaja.

Walau bagaimanapun, Rozi ada menyatakan berita baik buat peminat Siti. Katanya, Siti tahu mereka merinduinya dan dia juga merindui peminat-peminatnya.

Harap-harapnya kenyataan yang diberikan Rozi ini mampu menjelaskan serta menutup suara-suara sumbang yang menyebarkan cerita-cerita tidak enak penyanyi popular ini. – Mynewshub.cc/Ecah

Tags: Datuk Siti Nurhalizapeminatrinu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elizabeth Tan Dikecam Peminat Taylor Swift

30/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi Elizabeth Tan diserang peminat Taylor Swift dalam laman sosial selepas mengeluarkan kenyataan salah tentang penyanyi antarabangsa...

Siti Nurhaliza Mahu Dana Untuk Anak Seni Diwujudkan

23/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berharap Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada 2 Nov...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd