• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Warga Thailand Didakwa Edar Dadah

oleh Ahmad Albab
03/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Seorang wanita warga Thailand bersama seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah dan memiliki 20 karton rokok serta lima karton minuman keras yang dilarang import.

Tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh Miss Jutamas Pattarapanichkul, 27, dan T. Kartik, 26, bagi dakwaan mengedar dadah, bagaimanapun bagi pertuduhan memiliki rokok dan minuman keras, hanya Kartik mengaku bersalah.

Pertuduhan tidak dapat dibacakan terhadap Miss Jutamas kerana tertuduh tidak memahami bahasa Inggeris mahupun bahasa Melayu dan pihak pendakwaan memohon satu tarikh baharu sebutan semula kes bagi melantik penterjemah bahasa Thailand untuk wanita berkenaan.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 19 Nov ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia serta penilaian harga bagi rokok dan minuman keras berkenaan.

Mengikut pertuduhan kes dadah, kedua-dua mereka yang merupakan kenalan dituduh mengedar dadah berbahaya iaitu heroin dan monoasetilmorfin dengan anggaran berat 448.98 gram di rumah beralamat Lot 585, Jalan Damai 1, Taman Damai, Padang Serai dekat sini pada 2 petang, 20 Sept lepas.

Kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan mereka boleh dihukum dengan hukuman mati.

Sementara itu, bagi pertuduhan kes barangan larangan import itu, mereka didakwa memiliki 20 karton rokok pelbagai jenama serta lima karton minuman keras pebagai jenama yang kesemuanya bernilai RM558.24 di lokasi dan tarikh yang sama.

Kesemua barangan itu adalah barang yang dilarang pengimportannya di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) 2012 kecuali dengan cara diperuntukkan di Butiran 1, Bahagian II, Jadual Ketiga dalam perintah itu bagi rokok.

Bagi bir pula, mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012 Jadual Ketiga Bahagian II, Butiran 2 dan 3 adalah menjadi kesalahan sekiranya bir yang dijual tidak memiliki ‘TAX STAMP’ yang diluluskan Ketua Pengarah Kastam.

Sehubungan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(iii) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum 20 kali ganda nilai barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kastam Diraja Malaysia Nazir Amir Johari manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: Edar DadahWarga Thailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Warga Thailand Didakwa Sebabkan Wanita Maut

Pemandu Van Warga Thailand Didakwa Sebabkan Wanita Maut

08/02/2026
0

JITRA: Pemandu van warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan...

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

30/07/2025
0

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd