• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Singapura Akan Pindah Dari Rumah Flatnya

oleh Ahmad Albab
03/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Presiden baharu Singapura, Halimah Yacob akan berpindah dari kediamannya sekarang di Yishun.

Beliau telah menerima syor yang diberikan Kementerian Dalam Negeri (MHA) republik itu, yang menasihatkan Presiden tersebut untuk memikirkan berpindah ke tempat lain.”

“Terima kasih di atas keprihatinan anda mengenai kediaman saya. MHA baharu sahaja mengeluarkan kenyataan mengenai cabaran keselamatan yang dihadapi mereka.

“Ia sekiranya saya terus tinggal di kediaman saya sekarang,” kata beliau di dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.

Justeru, sebanyak mana saya suka untuk terus tinggal di rumah saya sekarang di Yishun, saya telah menerima syor MHA dan akan melakukan persiapan untuk berpindah ke tempat baharu,” kata beliau.

MHA hari ini berkata Presiden menyatakan beliau ingin terus tinggal di kediamannya sekarang di Yishun, “bergantung kepada pertimbangan keselamatan.”

MHA berkata ia sudah melakukan penilaian terperinci mengenai aturan keselamatan Presiden dan memberitahu Halimah bahawa agensi keselamatan berhadapan beberapa cabaran.

Baca: Presiden Halimah Tetap Setia Duduk Di Flat HDB

Ini termasuk dalam memastikan keselamatan dan perlindungan beliau, jika terus tinggal di kediamannya sekarang. Justeru, MHA menasihatkan Presiden supaya memikirkan untuk berpindah ke tempat lain.

“Ini akan membolehkan agensi-agensi memastikan keselamatan beliau lebih terjamin, “ katanya menerusi satu kenyataan di dalam laman sesawangnya.

MHA berkata Presiden menerima syornya mengenai keselamatan itu. “Beliau akan melakukan persiapan untuk berpindah ke tempat baharu tidak lama lagi,” katanya.

Halimah sebelum ini mengambil keputusan untuk terus tinggal di flat jumbo HDB selepas menjadi Presiden Kelapan Singapura, bulan lepas. – BERNAMA

Tags: Halimah YacobSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd