• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakistan, Afganistan Sepakat Usaha “Persekitaran Aman”

oleh AK-47
02/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISLAMABAD – Pakistan dan Afghanistan telah menyepakati satu rangka kerja bagi kerjasama ke arah “persekitaran damai yang kondusif untuk proses politik demi keamanan dan kestabilan serantau Afghanistan yang berkekalan,” lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan pada Isnin.

Laporan tersebut, yang memetik kenyataan pihak tentera Pakistan, menyebut Panglima Tentera Pakistan Qamar Javed Bajwa telah mengadakan lawatan sehari ke Afghanistan pada Ahad buat kali pertama selepas beliau mengambil alih jawatan pada November tahun lepas.

Semasa lawatan itu, Bajwa mengadakan perbincangan dengan Presiden Afghanistan Ashraf Ghani di Kabul, yang menyaksikan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat berhubung rangka kerja tersebut.

“Terdapat juga konsensus mengenai dialog yang teratur serta fokus di pelbagai peringkat untuk mengembangkan proses dua hala bagi meminimumkan salah faham, menguruskan situasi krisis dan meningkatkan kerjasama dalam usaha mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau ini,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, presiden Afghanistan berkata hubungan baik kedua-dua negara membolehkan Afghanistan dan Pakistan berusaha ke arah keamanan serta kestabilan yang berkekalan.

“Turut dibincang ialah isu berkaitan keamanan jangka panjang, kerjasama menentang ancaman bersama, koordinasi antara kempen antikeganasan di negara masing-masing bagi mengehadkan ruang untuk pelaku bukan negara, perkongsian maklumat risikan, perdagangan dan perniagaan serta hubungan rakyat dengan rakyat,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut Bajwa turut menawarkan sokongan penuh Pakistan dalam usaha memerangi keganasan, termasuk latihan dan pembinaan keupayaan, kepada Pasukan Keselamatan Afghanistan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd