• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Termasuk 3 Wanita Ditahan Kes Samun Jongkong Emas

oleh Ahmad Albab
02/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Polis menahan lapan individu termasuk tiga wanita bagi membantu siasatan kejadian sekumpulan lelaki bersenjatakan kapak dan penukul melarikan beg berisi jongkong emas dan barang-barang kemas seberat 11 kilogram bernilai RM1.9 juta dari sebuah kilang memproses emas di Jalan Siram, di sini 25 Sept lepas.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis menahan enam individu berusia lingkungan 30 dan 40 tahun itu di sekitar Cheras, Kuala Lumpur pada 29 Sept lepas dan selebihnya di dua kawasan di Johor keesokannya.

“Susulan penahanan mereka polis berjaya menemui semula dua jongkong emas bernilai lebih RM360,000 bersama seorang daripada lelaki yang kami tahan itu dan berdasarkan siasatan juga cap jari lelaki berkenaan turut dikesan pada kereta yang kumpulan tersebut gunakan ketika menyamun jongkong serta barang kemas berkenaan.

“Siasatan awal juga mendapati mereka telah menjual sebahagian jongkong serta barang-barang kemas yang mereka samun itu kepada pembeli dan polis minta mereka yang membeli agar menyerah diri bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Barang Kes Narkotik Kontinjen Pulau Pinang, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi itu, tiga lelaki turun dari kereta jenis Perodua Bezza berwarna merah berhampiran kilang itu dan menyerang dua lelaki membawa beg berisi emas dan barang-barang kemas.

Dalam pada itu, Roslee berkata polis sedang mengesan beberapa lagi lelaki yang merupakan anggota kumpulan itu bagi membantu siasatan kes berkenaan dan pihaknya percaya dapat menyelesaikan kes samun tersebut dalam masa terdekat.

Polis percaya suspek yang terlibat dalam kejadian itu masih berada di dalam negara bersama jongkong serta barangan kemas yang disamun mereka, katanya.

Beliau berkata polis juga mendapat beberapa petunjuk baharu yang dipercayai dapat membantu siasatan kes berkenaan dan tidak menolak kemungkinan kejadian samun itu mempunyai kaitan dengan orang dalam yang bekerja di kilang memproses emas tersebut.

Katanya tiga wanita yang ditahan itu adalah isteri kepada lelaki-lelaki yang ditangkap dan setakat ini tiada orang dalam yang ditahan, namun polis tidak tolak kemungkinan akan menahan mereka untuk siasatan.

Beliau berkata lima lelaki yang ditahan itu mempunyai pelbagai rekod lampau jenayah berkaitan samun dan curi bersama tiga wanita tersebut, dan mereka kini direman sehingga 5 Okt ini untuk membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: emaskes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lesen Khas Mendulang Emas Buat Rakyat Kelantan

Lesen Khas Mendulang Emas Buat Rakyat Kelantan

10/11/2025
0

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan membenarkan rakyat negeri ini untuk mengusahakan perlombongan emas secara sah melalui kaedah mendulang. Timbalan Menteri...

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd