• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia-Arab Saudi Bakal Meterai MoU Beli Tanah

oleh Ahmad Albab
02/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan Malaysia akan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan Arab Saudi bagi membeli beberapa bidang tanah di Jeddah, Makkah dan Madinah pada hujung tahun ini.

Anggota Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH) Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata pembelian tanah itu adalah bagi membina Kompleks Tabung Haji, yang antara lain, menyediakan penginapan bagi jemaah Malaysia dan kemudahan seperti kaunter kewangan.

“Kalau dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi (bagi pembelian tanah), ini kali pertama rakyat luar dibenarkan memiliki (hartanah) untuk jangka panjang iaitu bagi tempoh 90 tahun ke atas.

“Saya fikir ini merupakan hasil hubungan baik di antara pemimpin kedua-dua negara,” katanya kepada pemberita selepas melawat waris jemaah haji yang meninggal dunia di Makkah di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah TH Negeri Sembilan Abdul Malek Hassan.

Abdul Shukor berkata pembinaan kompleks itu kelak dapat menjimatkan kos pengurusan TH dan memudahkan jemaah Malaysia berkumpul di satu tempat.

Buat masa ini, TH membuat sewaan jangka panjang dengan beberapa hotel di sekitar Makkah dan Madinah bagi menyediakan penginapan para jemaah Malaysia.

Terdahulu, Abdul Shukor menyampaikan sumbangan Takaful Khairat Kematian, Air Zam-zam dan Kurma kepada waris Baharom Mohd, 84, yang meninggal dunia di Makkah pada 7.30 pagi, 26 Ogos lepas akibat serangan jantung.

Jenazah Baharom diuruskan oleh petugah TH dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syara’ie.

Abdul Shukor berkata seramai 67 jemaah iaitu 40 lelaki dan 27 wanita meninggal dunia semasa musim haji tahun ini berbanding 31 orang pada tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Arab Saudi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd