• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peminat Tempatan Harap Formula 1 Kembali

oleh Ahmad Albab
02/10/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Selepas menganjurkan Kejohanan Formula 1 (F1) dunia selama 19 tahun, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada perlumbaan kereta yang paling dinanti-nantikan di dunia.

Kerajaan Malaysia dengan rasa berat hati mengumumkan pada April keputusan tidak lagi akan menganjurkan F1 disebabkan kos penganjurannya yang tinggi dan jumlah penonton yang merosot sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun, beberapa peminat masih berharap kerajaan akan mempertimbangkan untuk meletakkan semula Malaysia dalam kalender F1.

Seorang daripada mereka ialah ahli perniagaan K. Cerethar, 45, yang penuh yakin bahawa F1 akan kembali ke Sepang dalam masa beberapa tahun akan datang.

“Saya dapat menyaksikan permintaan di kalangan peminat tempatan telah melonjak tahun ini berbanding beberapa tahun lepas kerana harga tiket lebih murah dan pemasaran oleh penganjur. Saya mendapati kira-kira 60 peratus peminat tempatan hadir di sini yang menunjukkan minat kepada sukan itu,” kata beliau kepada Bernama ketika ditemui di grandstand utama di sini.

“Saya adalah peminat tegar Lewis Hamilton dan pasukan Mercedes AMG Petronas. Saya suka menonton perlumbaan F1 kerana saya cintakan alam sekitar,” kata peminat kelahiran Gemas itu yang berharap Hamilton akan meraih gelaran keempat dunia.

S. Rajamohan, 42, juga berkongsi pandangan yang sama. Beliau telah menonton perlumbaan itu sebanyak 10 kali di Sepang, kali pertama semasa edisi sulung pada 1999.

“Saya akan berasa amat kehilangan apabila F1 tidak lagi diadakan. Bagi saya, F1 ialah mengenai kelajuan, bunyi deruman enjin yang menggegarkan dan keputusan yang sukar diramalkan, dan Sepang dikenali sebagai litar yang amat mencabar,” kata Rajamohan, yang terlibat dalam perniagaan buku dan alatulis.

Bagi Hilmi Kadir, beliau yang tidak pernah melepaskan peluang hadir menyaksikan pasukan kegemarannya bersaing sejak perlumbaan sulung pada tahun 1999 berkata, bermandi peluh mendaki bukit ke tempat duduk penonton (hillstand) adalah kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan.

“Sejak 1999 saya tidak pernah terlepas untuk datang ke sini menyaksikan perlumbaan F1 dan saya masih ingat apabila terpaksa bersesak-sesak mendaki bukit yang tinggi dalam keadaan cuaca panas terik untuk memberi sokongan kepada pasukan kegemaran saya.

“Tipu kalau saya katakan yang saya tidak sedih tetapi saya harapkan perlumbaan terakhir hari ini akan menjadi yang paling terbaik dalam lipatan sejarah penganjuran GP Malaysia,” katanya.

M.Samynathan, 46, yang sudah lima kali menyaksikan perlumbaan GP Malaysia pula berkata edisi kali ini beliau membawa ahli keluarga serta sahabatnya untuk sama-sama berkongsi merasai kehangatan perlumbaan F1.

“Sebelum ini, kerana terlalu minat dengan perlumbaan F1 saya datang berseorangan, memandangkan ini adalah perlumbaan terakhir di Malaysia, saya memujuk ahli keluarga serta sahabat baik saya untuk menyaksikan perlumbaan bersama saya,” katanya yang turut berharap GP Malaysia dapat dianjurkan semula pada masa akan datang. – BERNAMA

Tags: formula one
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jenson Button Bercerai Lepas Setahun Kahwin

25/12/2015
0

PELUMBA sensasi Formula One, Jenson Button dilaporkan sudah bercerai dengan isterinya, model terkenal, Jessica Michibata selepas hanya setahun mendirikan rumah...

Lewis Hamilton Jelaskan Dakwaan Kuat Berparti

04/12/2015
0

BINTANG sensasi Formula Satu (F1), Lewis Hamilton menjelaskan dakwaan media Barat yang mengatakan dia kuat berparti dan menjalani kehidupan liar....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd