• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HPPNK 2017 Catat Jualan 900 Peratus Mengatasi Sasaran

oleh Ahmad Albab
02/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2017 (HPPNK 2017) mencapai kejayaan gemilang dengan mencatatkan jualan sebanyak 900 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata sasaran jualan bagi empat hari penganjuran HPPNK 2017 ialah RM30 juta namun nilai jualan dari segi dagangan dan transaksi bank mencatatkan RM271 juta.

“Sejak HPPNK bermula Khamis lepas sehingga 5 petang hari ini, nilai jualan dagangan yang dicatatkan ialah RM41 juta sementara transaksi bank sepanjang tempoh yang sama ialah RM 230 juta.

“Ini bermakna jumlah keseluruhan jualan ialah RM271 juta,” katanya ketika berucap merasmi penutupan HPPNK 2017 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang di sini, hari ini.

Mengenai jumlah pengunjung HPPNK 2017, Ahmad Shabery berkata sehingga 5.30 petang ini, seramai 500,000 orang mengunjungi acara itu yang elebihi sasaran 400,000 orang.

“Jumlah pengunjung dijangka meningkat kerana HPPNK 2017 akan berakhir pada 10 malam ini,” katanya.

Mengenai Agro Job Fair yang diadakan sepanjang penganjuran HPPNK 2017, Ahmad Shabery memberitahu sebanyak 1,500 pekerjaan yang berkaitan dengan dunia pertanian telah ditawarkan terus kepada pemohon.

Memandangkan HPPNK tidak diadakan tahun depan kerana ia merupakan acara dua tahun sekali, beliau berkata Pameran Pertanian, Hortikultur dan AgroPelancongan Malaysia (MAHA) 2018 diadakan pada cuti sekolah November tahun depan dengan skala lebih besar, menarik dan ceria.

“Ia merupakan manifestasi sokongan rakyat Malaysia terhadap golongan peladang, penternak dan nelayan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ECRL Pun Tinggal Kenangan Seperti Perwaja Steel

23/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu ketika dahulu projek Perwaja Steel pernah menjadi projek kebanggaan Perdana Menteri ke-4 untuk masyarakat Pantai Timur...

Shabery Anggap Pemilihan UMNO Kali Ini Paling Meriah

21/06/2018
0

KUALA LUMPUR – Pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang akan datang tidak lama lagi dilihat paling meriah sengan penawaran diri ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd