• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Bot Nelayan Asing Ditahan Maritim

oleh AK-47
02/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Timur menahan tiga bot nelayan asing yang menceroboh dan menangkap ikan dan gamat di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia pada Khamis dan semalam.

Pengarah Maritim Pangkalan Kemaman, Leftenan Komander Maritim Muhamad Rezal Kamal Bashah berkata hasil marin bernilai RM2.2 juta turut dirampas daripada bot dipercayai dari Vietnam tersebut dalam Operasi Perkasa Timur dan Operasi Marikh itu.

Bot pertama ditahan pada 7.35 malam pada Khamis lepas kira-kira 40 batu nautika dari Kuala Kemaman dan tujuh batu nautika dari Tanjung Dungun dan menemukan kira-kira 50 kilogram gamat hidup di dalam bot tersebut, katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya bot kedua dan ketiga pula ditahan pada pukul 6 dan 6.18 petang semalam lebih kurang 48 batu nautika dari Kuala Kemaman dan terdapat kira-kira 1,000 kilogram ikan pelbagai jenis dan 20,000 liter diesel dalam kedua-dua bot tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua lebih 25 awak-awak dan tekong bot berumur antara 16 hingga 52 tahun berkenaan tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan bot itu juga disyaki menggunakan nombor pendaftaran, lesen dan permit palsu, katanya. – BERNAMA

Tags: Maritim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Maritim Aktifkan Carilamat Perlanggaran Dua Kapal Di Tanjung Balau

Maritim Aktifkan Carilamat Perlanggaran Dua Kapal Di Tanjung Balau

19/07/2024
1

KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Johor melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat), susulan insiden perlanggaran kapal MT...

42 Perjanjian Sempadan Darat, Maritim Dimeterai Malaysia Dengan Negara Jiran

42 Perjanjian Sempadan Darat, Maritim Dimeterai Malaysia Dengan Negara Jiran

16/07/2024
3

KUALA LUMPUR : Kementerian Luar mengesahkan Malaysia sudah menandatangani keseluruhan 42 perjanjian berkaitan sempadan dengan beberapa negara jiran setakat ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd