• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki ‘Kayu’ Amuk Di Cheras Kena Hukum Jel 10 Hari

oleh
30/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASIH ingat insiden amukan lelaki ‘kayu’ yang berlaku di Cheras, Kuala Lumpur beberapa hari lepas sehingga mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan masyarakat?

Baca: DBKL Kunci Tayar Kereta, Lelaki ‘Kayu’ Amuk Di Cheras

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dilaporkan telah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 hari dan denda sebanyak RM3,000 terhadap lelaki berkenaan, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, suspek didakwa mengikut Seksyen 189 Kanun Keseksaan berikutan tindakan menghalang tugas penjawat awam.

Susulan itu, suspek, Ong Kok Cheng turut dijatuhkan hukuman penjara 10 hari bermula daripada tarikh penangkapan pada Selasa lepas.

Jelasnya lagi, sekiranya suspek gagal membayar denda yang ditetapkan, dia boleh dikenakan hukuman penjara selama lima bulan.

“Sekiranya gagal menjelaskan denda tertuduh boleh dipenjara selama lima bulan,” katanya dilaporkan Harian Metro.

Dalam kejadian kira-kira 12.46 tengah hari, beberapa penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ‘diserang’ oleh seorang lelaki yang tidak berpuas hati selepas kereta miliknya dikapit di Taman Segar, Cheras.

Ia bermula apabila anggota tersebut mengapit tayar kereta suspek kerana didapati telah melakukan kesalahan dengan meletakkan kenderaan tersebut di luar petak yang sepatutnya.

Kemudiannya, anggota itu telah menerima arahan daripada Pusat Panggilan DBKL yang meminta kembali ke lokasi bagi membuka kapit tayar kerana suspek dikatakan mahu membayar denda.

Bagaimanapun, berlaku sedikit perbalahan antara tertuduh dengan anggota penguat kuasa yang mencetuskan ketegangan.

Insiden tersebut telah dirakam dan video berdurasi kurang daripada lima minit itu tular di laman sosial sehingga kini.

Berdasarkan aduan polis yang diterima, suspek ditahan Rabu lepas dan direman selama tiga hari sebelum dijatuhkan hukuman, semalam. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: DBKLkes pukulPenguatkuasa DBKL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lebih banyak program seperti Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang boleh dibanggakan dan dinikmati bersama akan...

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd