• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuepacs Minta Kerajaan Pertimbang Tuntutan

oleh AK-47
30/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) berharap kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa cadangan dan tuntutan yang dikemukakannya demi memelihara kebajikan dan integriti penjawat awam.

Timbalan Presiden II Cuepacs, Zainal Ismail berkata pihaknya menuntut kerajaan supaya mempertimbangkan kenaikan gaji asas penjawat awam, elaun, bonus dan kenaikan gred untuk diumumkan pada pembentangan Bajet 2018.

“Kami menuntut semakan gaji dapat dibuat dengan mempertimbangkan kenaikan gaji tahunan, menyelaraskan beberapa elaun, bonus sebulan gaji dan tempoh kenaikan gred daripada 13 tahun kepada 10 tahun.

“Permohonan ini diharap dapat dipertimbangkan supaya penjawat awam dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik setanding dengan negara-negara maju,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwitahunan Kali ke-14 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) Malaysia di sini hari ini.

Katanya tuntutan itu juga seiring dengan hasrat kerajaan yang ingin meningkatkan mutu perkhidmatan awam berkelas dunia dan pihaknya sangat berharap kerajaan dapat menunaikannya bagi memberi inspirasi kepada penjawat awam.

Zainal berkata Cuepacs telah menghantar semua tuntutan dan cadangan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan berharap ia dapat direalisasikan serta diumumkan pada pembentangan Bajet 2018.

Katanya Cuepacs bukan kumpulan yang ingin menekan kerajaan tetapi tuntutan itu dibuat berdasarkan kepada kemampuan kerajaan yang pihaknya tahu bahawa pimpinan sekarang mampu merealisasikannya.

Beliau berkata ketika ini terdapat 1.602 juta penjawat awam di negara ini yang berkhidmat kepada kerajaan untuk memajukan negara dan sentiasa membela kerajaan.

“Kestabilan ekonomi negara kita sekarang mendapat pengiktirafan antarabangsa, dan Cuepacs yakin tuntutan itu tidak akan membebankan kerajaan demi kepentingan penjawat awam,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

Tok Mat Tunjuk Skill Main Snooker, Netizen Puji ‘Nampak Pro’

Tok Mat Tunjuk Skill Main Snooker, Netizen Puji ‘Nampak Pro’

13/07/2026
0

REMBAU – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan mencuri perhatian apabila sempat menunjukkan kemahiran bermain snooker ketika menghadiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd