• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindrom Nafi Harus Dihenti Elak Isu Dadah Lebih Buruk

oleh AK-47
30/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Ibu bapa dan guru perlu menghentikan sindrom penafian mengenai penglibatan dadah dalam kalangan anak serta pelajar mereka sekiranya ingin melihat usaha kerajaan memerangi penyalahgunaan bahan terlarang itu habis-habisan, berjaya direalisasikan.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata sindrom itu jika dibiarkan berlarutan dibimbangi akan menjadi barah dalam masyarakat, sekali gus terus merosakkan anak bangsa di negara ini.

“Sindrom penafian atau berahsia ini menjerumuskan kepada keadaan lebih buruk lagi kepada keluarga, masyarakat dan negara, jangan hanya mahu menjaga nama baik keluarga dan sekolah tetapi lihatlah apa yang akan terjadi pada masa hadapan.

“Saya menggesa ibu bapa dan guru di sekolah supaya hentikan sindrom ini kerana ia tidak membawa kebaikan tetapi keburukan yang diterima apabila anak-anak sudah berani mencuri barang berharga di rumah dan kawasan kejiranan sehingga menimbulkan suasana tidak tenteram dalam kalangan masyarakat dengan kejadian-kejadian jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Program Rakyat Sihat Tanpa Dadah (Bersama Memerangi Dadah) di Dewan Kebajikan Penduduk Taman Setia Jaya di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff.

Sehubungan itu, Lee mahu ibu bapa serta guru segera mendedahkan penglibatan anak-anak mereka jika terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan bahan terlarang itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) agar tindakan pencegahan dan pemulihan dapat diambil segera.

“Semua pihak harus berganding bahu dengan cara berterusan melipatgandakan kempen dan program perangi dadah sehingga akar umbi supaya kanak-kanak dan remaja didedahkan lebih awal bahaya najis dadah pada diri, keluarga dan masyarakat setempat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Lee Lam Thye
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Audit Keselamatan Di Taman Permainan Perlu Elak Kemalangan

23/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu audit keselamatan yang rapi ke atas semua taman permainan awam di seluruh negara perlu dilaksanakan bagi...

MCPF Sokong Babitkan Ibu Bapa Cegah Gejala Sosial

10/11/2018
0

GEORGE TOWN – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersetuju dan menyokong cadangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar kerajaan menggubal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd