• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Sertai Bacaan Yasin & Tahlil Hari Pahlawan

oleh AK-47
29/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai majlis bacaan Yassin dan Tahlil bersempena Hari Pahlawan, sebelum menunaikan solat Jumaat bersama-sama jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini.

Majlis yang bermula kira-kira 12.40 tengah hari itu turut disertai Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, selain anggota ATM dan Polis Diraja Malaysia, serta jemaah masjid.

Asyraf Wajdi ketika membacakan khutbah Jumaat khas bersempena Hari Pahlawan, antara lain mengajak hadirin agar menanam semangat menghargai pahlawan negara kepada anak-anak sejak di usia muda lagi.

Katanya, kebelakangan ini, semangat mengingati jasa bakti pahlawan dalam kalangan masyarakat semakin luntur, walhal menghayati kisah perjuangan mereka boleh menjadi teladan dan sumber inspirasi.

“Mereka yang kita gelar sebagai pejuang bangsa, agama dan negara ini, sememangnya tidak pernah mengharapkan gelaran mahupun status kepahlawanan, tetapi cukuplah dihargai sebagai tanda penghormatan dan terima kasih,” katanya.

Dalam hal itu, khutbah bertajuk “Pahlawan negara inspirasi negara berdaulat’ itu menegaskan supaya ibu bapa, guru dan media antara lainnya berperanan menjadi pendorong kepada usaha mengenang jasa para pahlawan dan mencadangkan supaya maklumat mengenainya dalam pelbagai variasi genre dihasilkan sesuai peredaran zaman dan penerimaan masyarakat.

Asyraf Wajdi berkata, dalam masa sama, masyarakat secara keseluruhan turut bertanggungjawab menjaga kesucian agama dan kedaulatan negara daripada sebarang anasir keganasan, kezaliman mahupun penindasan.

“Perasaan cinta dan mempertahankan kedaulatan negara merupakan sikap yang perlu ada pada setiap individu.

“Perasaan dan sikap ini tidak menyalahi syariat Islam kerana perasaan cintakan negara merupakan manifestasi cinta kepada Allah,” katanya yang kemudiannya turut mengimamkan solat Jumaat. — BERNAMA

Tags: Hari Pahlawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Ucap Selamat Hari Pahlawan Kepada ATM, PDRM

PM Ucap Selamat Hari Pahlawan Kepada ATM, PDRM

31/07/2023
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan...

Jerebu: Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan 2019 Ditangguh

18/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Istiadat Perbarisan sempena sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 yang dijadualkan berlangsung pagi esok ditangguhkan berikutan jerebu. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd