• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didenda Buat Bisnes Pergigian Swasta Tanpa Lesen

oleh Ahmad Albab
29/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang lulusan Kolej Vokasional didenda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh di sini hari ini selepas mengaku bersalah menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen di Bukit Katil, Januari lepas.

Hakim Norma Ismail menjatuhi hukuman itu ke atas Nur Farahanis Ezatty Adli, 20, dari Alor Setar, Kedah yang membuat pengakuan bersalah sebaik jurubahasa membacakan pertuduhan terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan gadis itu menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Nur Farahanis Ezatty didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil, pada 10.15 malam, 25 Jan lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut subseksyen 4(1) akta itu dan boleh dihukum mengikut subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan Nurul Khairiyah Samsudin memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira keselamatan dan kesihatan pesakit, berikutan proses menjalankan pendakap gigi hanya boleh dilakukan doktor bertauliah selain kes berkenaan bukan pertama di Melaka dan Malaysia.

Peguam Janariah Mustafa yang mewakili gadis itu merayu hukuman ringan atas alasan ia merupakan kesalahan pertama anak guamnya, menjimatkan masa mahkamah, selain insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. – BERNAMA

Tags: dendaPergigian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd