• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Pihak Terlibat Kejadian Kebocoran Gas Klorin

oleh Ahmad Albab
29/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron mengarahkan pihak berkuasa melakukan siasatan mendalam terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian kebocoran gas klorin di Kampung Tambak Paya, petang semalam.

Beliau berkata siasatan itu termasuk mengetahui siapa identiti pemilik tujuh tong dram gas klorin yang dibuang di kawasan tanah kebun kampung itu dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak bertanggungjawab.

“Pihak penyiasat tengok nombor siri (tong dram) sudah tahu siapa (pemilik) jadi kita arahkan untuk ketahui siapa tuan punya angkara sehingga gas berbahaya ini boleh ditinggalkan sedemikian rupa di kampung ini, kita nak tahu siapa, di mana dan bila.

“Siasat siapa yang pakai (gas klorin) kilang air batu, kilang proses makanan mungkin pakai jadi kita tengok sebelum ambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian di kampung itu di sini, tengah malam tadi.

Sehingga pukul 5 pagi ini, 50 orang termasuk empat anggota bomba mendapat rawatan di Hospital Melaka dan Jasin akibat kejadian itu.

Idris berkata pihaknya termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kimia dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah diarahkan untuk menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada bagi membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. – BERNAMA

iframe width=”750″ height=”563″ src=”https://www.youtube.com/embed/16ccmx7Mkp4″ frameborder=”0″ allowfullscreen>

Tags: Gas KlorinIdris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

12 Maut, Lebih 250 Cedera Letupan Gas Klorin Di Jordan

12 Maut, Lebih 250 Cedera Letupan Gas Klorin Di Jordan

28/06/2022
0

AMMAN : Letupan gas klorin menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 251 cedera. Ikuti Mynewshub: Telegram Insiden berlaku selepas tangki terjatuh...

Melaka Mengundi: Idris Haron Kecundang Di DUN Asahan (Tidak Rasmi)

20/11/2021
0

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron kecundang di Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd