• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawi Laksana Proses 4P Perkahwinan Mulai 2 Oktober

oleh AK-47
29/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan melaksanakan proses 4P iaitu Perintah Pengesahan Pendaftaran Perkahwinan mulai 2 Oktober ini.

Pengarahnya, Abdul Aziz Jusoh berkata proses 4P memberi peluang kepada pasangan yang telah berkahwin atau berpoligami tetapi tidak mematuhi Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) untuk membuat pendaftaran perkahwinan di jabatan itu.

“Sehubungan itu mana-mana pasangan yang menepati syarat ditetapkan hendaklah membuat permohonan pendaftaran perkahwinan di JAWI sebelum urusan selanjutnya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syarat-syarat permohonan 4P adalah pemohon perlu bermastautin di wilayah-wilayah persekutuan semasa perkahwinan dijalankan; perkahwinan yang belum didaftarkan di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Pejabat Agama Islam Daerah di Malaysia dan perkahwinan yang berlaku selepas 28 Jun 1984 iaitu selepas tarikh kuat kuasa Akta 303.

Proses 4P juga boleh dimohon oleh mereka melangsungkan perkahwinan berlawanan dengan Akta 303 seperti perkahwinan tanpa kebenaran mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri, poligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah dan perkahwinan di luar negara dan tidak didaftarkan selepas tempoh enam bulan dari tarikh perkahwinan. – BERNAMA

Tags: JAWI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JAWI Diarah Siasat Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita

JAWI Diarah Siasat Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita

25/12/2025
0

Putrajaya: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan menjalankan siasatan lanjut berhubung isu tular di media sosial melibatkan seorang lelaki...

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

25/09/2025
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah menyelaras pelaksanaan solat hajat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd