• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Soo Wincci Sambung Belajar, Jadi Pengarah Muzik?

oleh AK-47
28/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan penyanyi, Soo Wincci menghabiskan masa selama enam tahun untuk menggenggam segulung ijazah doktor falsafah dalam bidang Pengurusan Perniagaan pada tahun lalu.

Gelaran yang disandangnya itu membuktikan dia adalah ratu cantik Malaysia pertama yang mempunyai gelaran tersebut sekali gus membuktikan tidak mustahil untuk menggenggam ijazah walaupun bergelar anak seni.

Meskipun baharu setahun bergelar Dr. Soo Wincci, dia sekali lagi mengorak langkah apabila melanjutkan pelajaran ke Kolej Muzik Berklee, kolej muzik yang terkenal dunia terletak di Boston, Amerika Syarikat.

Khabarnya, ini merupakan impian yang disimpannya sejak 10 tahun lalu. Untuk itu, dia tidak akan mensia-siakan peluang ini dan berani mengambil risiko.

“Wincci sudah 10 tahun tanam impian hanya untuk mendapatkan tawaran masuk ke universiti muzik Hollywood iaitu Berklee.

“Walaupun peluang ini datang dengan pelbagai cabaran lebih besar, tapi kali ini Wincci nak ambil risiko ini dan mencabar diri untuk menjadi seorang produser muzik!” tulisnya di laman Instagram.

I know that I am not naturally gifted, hence I needed to work extra hard and take the longest route. Been planting for this golden ticket into my dream Hollywood Top Music School which is Berklee for almost 10 years & this arrived at one of my toughest time in my career, I know it will be extra risky and hard for me to leave now due to loads of reality factors but I am going to just let go and risk it by working extra hard to push my limits and challenge myself to become a Music Producer (Plz subscribe to my new Soo Wincci Official YouTube channel at my bio to follow my new online #InwinccibleMusic reality show in building my crazy music dream, I hope to share as much with u all and each of ur views meant a lot to.me) 我天生就没有才华所以必须比别人更努力去学东西。这张入场卷种了10年,虽然来的时间有点不是很好,但是还是选择了放下一切重新去冒险还有挑战去当一位音乐制作人 (请陪我一起去追梦,记得subscribe我的全新Soo Wincci Official Channel, 我会陆续分享更多!) Wincci tak dilahirkan dengan bakat jadi Wincci perlulah berkerja lebih keras daripada orang biasa utk mencapai sesuatu. Wincci dah tanam selama 10 tahun hanya utk dapatkan tawaran masuk ke university muzik Hollywood yg Wincci impikan ini iaitu Berklee. Walaupun peluang ini datang dengan pelbagai cabaran yg lebih besar tapi kali ini Wincci nak ambil risiko ini dan cabarkan diri sendiri utk menjadi seorang Producer Muzik! (Sila Subscribe “Soo Wincci Official” YouTube Channel yg terbaru kat bio ya, Wincci akan berkongsi lebih banyak !) #InwinccibleMusic #Music #Production #MusicProducer #Producer #Dream #Berklee #Hollywood #valencia

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on Sep 27, 2017 at 10:38pm PDT

Pelakon filem Kau Yang Satu ini bakal melanjutkan pelajaran dalam kursus Produksi Muzik, Teknologi dan Inovasi di seuah universiti yang terletak di Valencia, Sepanyol.

Sudah pasti peminat-peminatnya mengucapkan tahniah dan mendoakan penyanyi berusia 32 tahun itu berjaya untuk mencapai cita-citanya.

Terdahulu, dia telah mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records apabila muncul sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang mendapat gelaran doktor falsafah (PhD) dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Penulis buku Inwinccible X ini juga berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Reading, Britain dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

Ini barulah dikatakan beauty with brain. Selamat berjaya diucapkan kepada Soo Wincci dalam mengejar cita-citanya! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: artis sambung belajarBerklee College of MusicDr Soo Winccikursus Produksi MuzikTeknologi dan Inovasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banyak Nikmat Kalau Berpuasa – Soo Wincci

24/04/2020
0

PENYANYI, Dr Soo Wincci meneruskan amalan berpuasa di bulan Ramadan bagi tahun kesembilan. Wincci yang turut menjadi pensyarah sambilan berkata,...

Dr. Soo Wincci Cipta 2 Rekod Dalam MBR

08/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Aktres Dr. Soo Wincci, 34, sekali lagi berjaya memecah rekod selepas tersenarai untuk mendapat dua pengiktirafan daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd