• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Bakal Bina Kompleks Penguatkuasaan

oleh Ahmad Albab
28/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah kompleks baharu yang menempatkan Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), berharga kira-kira RM80 juta akan dibina di Bandar Tun Razak dalam masa terdekat.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata pembinaan kompleks 15 tingkat itu yang serba lengkap dengan teknologi terkini, dijadualkan siap sepenuhnya menjelang 2019.

Beliau berkata kompleks tersebut merupakan satu keperluan kepada penguat kuasa DBKL ekoran bangunan sedia ada di Jalan Tun Razak di sini, akan dirobohkan bagi memberi laluan pembangunan di kawasan itu.

“Tapak lama di Jalan Tun Razak itu kita menumpang dan tanah tersebut adalah tanah persendirian dan mereka ada perancangan. Kompleks baharu akan menempatkan lebih 1,500 anggota penguat kuasa, dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk depoh, padang kawad, stor senjata dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Hari Penguat Kuasa DBKL ke-48, di Padang Kawad Pusat Latihan DBKL, di sini. hari ini yang disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sementara itu, berhubung isu video pertengkaran di antara seorang pemandu kereta dan anggota penguat kuasa yang tular di media sosial baru-baru ini, Mhd Amin menjelaskan perbuatan pemandu kereta itu seolah-olah tidak takut kepada undang-undang.

Beliau mengingatkan warga kota agar mematuhi undang-undang sedia ada, walau dalam apa keadaan sekalipun.

“Kalau letak kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya kita akan saman, kalau semua orang letak kenderaan tidak tentu arah, apa akan jadi pada ibu kota ini?. Saya minta sangat warga kota, sama ada dia suka atau tidak, dia kena hormat undang-undang,” kata beliau.

Mhd Amin berkata beliau memandang serius kesalahan trafik yang menjadi antara faktor punca kesesakan di ibu kota.

Sejak Januari sehingga Ogos 2017, sebanyak 931,747 notis kesalahan trafik dikeluarkan DBKL dengan jumlah keseluruhan kompaun bernilai lebih RM5 juta.

Sepanjang tempoh itu juga, pihak DBKL telah mengapit sebanyak 41,624 kenderaan dan menunda 5,652 kenderaan yang didapati melanggar undang-undang trafik. – BERNAMA

Tags: DBKL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lebih banyak program seperti Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang boleh dibanggakan dan dinikmati bersama akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd