• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Diberi Kaunseling Pakai Seluar Futsal

oleh AK-47
28/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang lelaki telah diarahkan untuk menghadiri sesi kaunseling selepas dia ‘dicekup’ memakai seluar futsal yang pendek di tempat awam.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik), salah seorang pegawainya telah mengeluarkan notis kepada lelaki itu selepas dia ditahan kerana memakai “pakaian kurang sopan” semasa membeli burger di sebuah gerai pada malam Isnin lalu.

Sebuah laman portal berita sebelum ini melaporkan bahawa lelaki berkenaan, yang dikenali sebagai Wan Khairul Hayyee Wali, 30, baru sahaja selesai perlawanan futsal dan masih memakai pakaian bersukannya semasa dia ditahan oleh pegawai pejabat agama itu.

Penguatkuasa Jaheik tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia telah melanggar salah satu undang-undang dalam Enakmen Jenayah Syariah iaitu mendedahkan lututnya, sekali gus mempamerkan ‘aurat’.

Namun, Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jaheik, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, Wan Khairul tidak akan ditahan jika dia sedang memakai seluar pendek itu di pusat futsal.

Kata Mohd Fadzuli  lagi, undang-undang itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana telah diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu.

“Ini bukanlah kes pertama. Sebelum ini kami pernah mengeluarkan notis yang sama kepada tiga lelaki lain dengan kesalahan yang sama.

“Ketiga-tiganya telah menjalani sesi kaunseling. Yang keempat ini juga berjanji untuk menghadiri sesi tersebut tidak lama lagi,” katanya.

Difahamkan, undang-undang itu hanay termaktub kepada orang Islam sahaja dan sesiapa yang menghadiri sesi kaunseling itu tidak perlu membayar denda atas kesalahan yang dilakukan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FutsalJAIKseluar pendek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Cepat Menghukum Pasukan Futsal Johor

13/09/2018
0

IPOH — Pasukan futsal Johor mohon peminat sukan tempatan agar tidak terus menghukum barisan pemain dan negeri itu secara keseluruhannya...

Chun Yong Senarai 20 Pemain Terbaik Ke Latihan Pusat

26/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong menyenaraikan 20 pemain terbaik bagi menyertai kem latihan pusat sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd