• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Christopher Memangku Jawatan Ketua Pemuda PBS

oleh AK-47
27/09/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Christopher Mandut dilantik memangku jawatan Ketua Pemuda PBS, berkuat kuasa hari ini, kata Setiausaha Agung PBS Datuk Johnny Mositun.

Katanya pelantikan Christopher itu diputuskan pucuk pimpinan dan disokong oleh barisan exco pemuda parti berkenaan, susulan tindakan bekas Ketua Pemuda PBS Datuk Jake Jikulin Nointin yang juga Ketua PBS Bahagian Liawan bertindak keluar parti pada 22 Sept lepas.

“Seperti yang kita tahu, beberapa exco pemuda turut meninggalkan parti bersama Jake dan mengenai kekosongan jawatan itu kita serahkan kepada barisan exco pemuda untuk menentukan pada mesyuarat mereka yang akan datang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas mengenai PBS bahagian Liawan, Johnny berkata PBS pusat telah mengambil keputusan untuk membuat satu penyelarasan bahagian berkenaan bersama anggota jawatankuasa yang masih kekal.

“Saya akan menjadi ketua untuk membuat penyelarasan itu dan akan dibantu oleh Ahli Majlis Tertinggi parti khususnya untuk menyelaras mesyuarat bahagian,” katanya.

Beliau berkata dakwaan bahawa bahagian itu dibubarkan atau tidak berfungsi adalah tidak benar.

“Mengikut perlembagaan parti, mana-mana bahagian yang ditinggalkan itu tidak akan bubar. Tetapi peringkat pusat yang akan mengambil alih bahagian itu untuk diselaraskan,” katanya.

Mengenai beberapa anggota parti yang turut hadir semasa Jake mengumumkan untuk keluar parti baru-baru ini, Johnny berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat majlis tertinggi akan datang.

“Sebelum program itu diadakan, kita telah menasihatkan agar semua anggota parti tidak hadir kerana kita tahu apa tujuan program itu diadakan dan menurut maklumat yang kita terima ada beberapa anggota yang hadir bersama Jake.

“Perkara ini amat serius bagi kita. Apa pun arahan parti kita perlu patuhi,” tegasnya.

Sementara itu, Johnny berkata setakat ini 56 daripada 61 bahagian PBS di seluruh Sabah telah mengadakan mesyuarat agung bahagian masing-masing. Ini menunjukkan bahawa PBS masih kuat dan masih disayangi oleh semua penyokong di peringkat bahagian. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor ‘Says No’ Penternakan Babi Di Selangor ‘So NO lah! – Azhar Sulaiman

Sultan Selangor ‘Says No’ Penternakan Babi Di Selangor ‘So NO lah! – Azhar Sulaiman

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Selebriti tanah air, Azhar Sulaiman menyeru anggota masyarakat mempertahankan institusi raja daripada cuba diperlekehkan. Tegas beliau, Yang...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd