YANGON – Seramai 38 daripada 400 pesakit yang dijangkiti influenza A/H1N1 atau selesema burung, meninggal dunia setakat ini, sejak wabak penyakit itu melanda Myanmar pada 21 Julai lepas, lapor agensi berita China Xinhua.
Kematian kebanyakannya di wilayah Yangon, Ayeyarwady dan Bago, menurut Kementerian Kesihatan dan Sukan.
Buat masa ini, kebanyakan pesakit dibenarkan keluar hospital memandangkan keadaan kesihatan yang bertambah baik.
Sementara itu, kadar jangkitan di kawasan awam termasuk sekolah, tempat kerja dan kawasan sesak menunjukkan penurunan.
Menurut pihak berkuasa kesihatan, influenza A/H1N1 mula dikesan di negara itu pada 2009 dan 2016 namun hanya segelintir sahaja yang mengetahui mengenai penyakit berkenaan.- BERNAMA