• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didakwa Tangkap Khalwat, Aiman Tak Kisah?

oleh
27/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA hari lepas netizen dikejutkan dengan kontroversi ‘panas’ di mana seorang penyanyi remaja ditangkap khalwat dalam satu operasi yang dijalankan pada bulan lepas.

Penyanyi tersebut telah ditangkap berdua-duaan bersama seorang gadis di dalam sebuah kereta di kawasan perumahan USJ Subang.

Lapor sebuah portal hiburan, remaja tersebut adalah antara salah seorang finalis yang tersenarai dalam Anugerah Juara Lagu 31.

Daripada bayangan diberikan, netizen menganggap kononnya individu berkenaan adalah pelantun lagu Ku Rela Dibenci, Aiman Tino.

Bagaimanapun, Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri menafikan dakwaan tersebut dan mengakui terkejut dengan penyebaran berita palsu itu.

“Saya diberitahu mengenai cerita khalwat ini oleh peminat yang khuatir sama ada ia benar atau sebaliknya.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin ini,” katanya memetik BH Online.

Jelas Aiman, berasa agak pelik kerana ketika hari kejadian, dia berada di Ampang bersama beberapa rakannya untuk berbincang mengenai lagu.

“Saya sedang melepak bersama-sama kawan di Ampang untuk berbincang mengenai lagu, jadi bagaimana timbul cerita ditangkap khalwat pula?.

“Berita yang tersebar ini boleh mencalarkan imej saya kerana secara tidak langsung pasti ada yang mempercayainya,” ujar Aiman.

Namun dalam masa yang sama, Aiman dilihat tidak mudah melatah dengan kontroversi itu dan memberitahu bahawa keluarganya sudah dimaklumkan mengenainya.

“Saya memilih untuk tidak melatah dengan cerita yang timbul ini bagi mengelakkan ia menjatuhkan semangat saya.

“Apa yang pasti, keluarga tahu perkara itu tidak benar sama sekali . Saya sendiri pun masih lagi tinggal bersama mereka,” tambah Aiman.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru penyanyi ini memberitahu bakal melancarkan sebuah lagu duet genre pop bersama kakaknya, Fara Hazel.

Selain itu, penyanyi  ini juga bakal melancarkan baju sekolah jenama sendiri pada hujung tahun ini. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: aiman tinokes khalwat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aiman Tino Masuk UMNO

Aiman Tino Masuk UMNO

17/03/2023
0

KUALA KUBU BHARU : Penyanyi, Aiman Tino, 25, menyertai UMNO selepas menyerahkan borang keahlian ahli UMNO di Pejabat UMNO Bahagian...

Anggota Polis Didenda RM1,500 Terima Suapan Kes Khalwat

30/03/2022
0

IPOH : Anggota polis berpangkat Lans Koperal didenda RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menerima...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd