• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Anggota JPJ Dijel 14 Hari, Denda RM10,000

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dihukum penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah Seremban di sini, hari ini, atas pertuduhan menerima wang suapan bernilai RM1,000 pada 15 Julai 2013.

Tertuduh, Md Zamri Atan@ Mohd Salleh, 36, yang beralamat di Taman Tuanku Jaafar Senawang, membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Fathiyah Idris.

Fathiyah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut kertas pertuduhan, Md Zamri sebagai Ketua Pemeriksa Kereta Motor di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Negeri Sembilan, didakwa telah secara rasuah memperoleh untuk dirinya wang tunai RM1,000 daripada Ng Ken Hing.

Ia sebagai upah untuk mempercepatkan dan mendapatkan Laporan Pemeriksaan Kenderaan bagi kenderaan Perodua MyVi, no pendaftaran WWL 3037.

​​​​​​​Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Bahagian Kejuruteraan Automotif, JPJ Negeri Sembilan, kira-kira jam 11 pagi pada 15 Julai 2013, iaitu kesalahan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 Akta yang sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Nurdiyanah Mohd Nawawi. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd