• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahfiz: Sebahagian Remaja Ditahan, Didakwa Esok

oleh Ahmad Albab
28/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebahagian daripada tujuh remaja yang ditahan susulan kebakaran pusat tahfiz di Datuk Keramat baru-baru ini, akan dihadapkan ke mahkamah di sini esok.

Tanpa mendedahkan bilangan sebenar mereka yang akan menghadapi pertuduhan, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis telah melengkapkan siasatan berhubung tragedi 14 Sept yang mengorbankan 23 nyawa itu.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati hanya sebahagian daripada tujuh suspek terlibat secara langsung membakar pusat tahfiz itu.

“Ada yang tidak terlibat secara aktif…contohnya mereka berada di lokasi kejadian atau berada ketika perbincangan.

“Namun kami akan pastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap mereka yang tidak terlibat secara aktif ini mengikut seksyen lain seperti (kesalahan) dadah atau lain-lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Ditanya mengenai proses pengumpulan bahan bukti kejadian yang menarik perhatian ramai itu, Noor Rashid berkata, pihaknya akan cuba sedaya upaya mengumpul lagi bahan bukti untuk mengukuhkan kes pendakwaan.

“Selagi ada ruang…polis akan ambil tindakan dan teruskan siasatan jika ada petunjuk baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Rashid berkata polis masih menyiasat kebocoran maklumat dan perincian penyiasatan berhubung kes kebakaran itu.

“Kami masih menyiasat bagaimana maklumat itu boleh bocor, saya fikir kami perlu meningkatkan kesedaran kalangan pegawai kami kerana (kebocoran itu) mengganggu proses penyiasatan kami,” katanya.

Kebakaran pusat tahfiz pada kira-kira 5.15 pagi itu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang juga warden akibat terperangkap di asrama di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat tersebut.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api. – BERNAMA

Tags: Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ittifaqiyah: 9 Mayat Penghuni Tahfiz Ditemui Rentung

20/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Dua pakar forensik yang memeriksa 11 daripada 23 mayat penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang maut...

Kebakaran Tahfiz: DNA Lelaki Ditemui Pada Tong Gas

29/01/2019
0

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah diberitahu terdapat kesan DNA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd