• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Jalan Amanah Sebagai Muslim” – Pemilik Dobi

oleh AK-47
27/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMILIK dobi layan diri yang terletak di Jalan Junid, Muar, Johor yang tular tempoh hari akibat polisi ‘Muslim sahaja’ premisnya itu berkata dia hanya memenuhi permintaan pelanggan beragama Islam.

Baca: Dobi ‘Muslim Sahaja’ Cetus Kontroversi

Dia yang merupakan seorang usahawan berusia dalam lingkungan 40-an dan meminta untuk dirahsiakan identitinya berkata, ianya merupakan keputusan perniagaan dan adalah hasil pertimbangan selepas menerima maklum balas daripada pelanggannya yang 90 peratus Muslim.

Katanya lagi, dia akhirnya memutuskan untuk meletakkan papan tanda yang bertulis “Mesra Muslim. Dobi ini hanya menerima pelanggan beragama Islam sahaja atas faktor kesucian. Segala kesulitan amat dikesali. Sila tanggalkan kasut di luar” itu di dobi layan dirinya itu dengan niat untuk mempertahankan tanggungjawabnya sebagai ahli perniagaan Muslim yang berkhidmat kepada pelanggan yang majoritinya penganut agama Islam.

“Saya telah merujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jika mereka benarkan saya letakkan papan tanda itu di premis perniagaan saya, dan orang di pejabat kementerian itu berkata tiada masalah.

“Saya telah mengoperasikan dobi ini selama setahun setengah yang lalu, dan pada mulanya, saya tidak meletakkan papan tanda seperti itu kerana saya masih baru berniaga.

“Tapi saya memang telah berniat untuk mewujudkan dobi mesra Muslim sejak sekian lama.

“Saya mengambil keputusan untuk meletakkan papan tanda itu 10 hari lalu hanya selepas kebanyakan pelanggan saya menyatakan kesangsian mereka terhadap unsur ‘najis’ bercampur dengan cucian mereka.

“Pelanggan saya was-was tentang isu kesucian oleh kerana ianya menjadi faktor penentu pakaian mereka sesuai dipakai ketika beribadah atau tidak.

“Kebetulan pula, saya amat terkesan dengan satu artikel dalam majalah Al-Islam baru-baru ini yang menyeru umat Islam agar menjaga kebersihan terutamanya pakaian solat. Saya telah memkirikan semuanya secara mendalam sebelum memutuskan untuk hadkan golongan pelanggan saya kepada hanya umat Islam sahaja,” katanya panjang-lebar kepada akbar New Straits Times.

Pengusaha dobi yang berasal daripada Muar itu turut memohon orang ramai agar tidak memperpanjangkan isu ini dan menegaskan bahawa dia akan tetap meneruskan polisinya itu.

“Saya cuma menjalankan amanah kepada Muslim yang lain supaya mereka dapat mencuci pakaian mereka dengan hati yang lapang.

“Bukankah fardhu kifayah itu tanggungjawab semua umat Islam?” ujarnya lagi cuba menjustifikasikan tindakannya itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kedai Dobimuar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Disyaki Lalok Rempuh Motosikal Hingga Menyebabkan Kematian Dua Insan Yang Tidak Bersalah

Pemandu Disyaki Lalok Rempuh Motosikal Hingga Menyebabkan Kematian Dua Insan Yang Tidak Bersalah

05/03/2026
0

MUAR – Dua lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda yang dipercayai dipandu dalam keadaan...

Mayat Rentung Kemalangan Seorang Penuntut Kolej

‘Di Mana Bella? Dia Tak Pergi Kedai Dobi Pun…’

27/12/2023
0

BATU PAHAT: Kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella sejak hampir dua minggu lalu masih menimbulkan misteri meskipun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd