• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gelandangan Kini Dikenali Rakan Jalanan

oleh AK-47
27/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KUBU BHARU – Golongan gelandangan yang merujuk kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan dan penempatan tetap serta tinggal di jalanan kini diberikan jolokan baharu iaitu rakan jalanan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Katanya, gelaran baharu itu merupakan antara aspirasi golongan itu sendiri pada sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Rakan Jalanan yang diadakan di sini, yang bertujuan memberikan gambaran yang lebih positif terhadap mereka.

“Ini cadangan dan kehendak mereka, jadi kita pakai nama itu dahulu supaya nanti akan menjadi kebiasaan.

Malah ada segelintir (daripada) mereka sebenarnya ada rumah, ada keluarga dan datang ke Kuala Lumpur mahu cari pekerjaan tapi pekerjaan yang mereka dapat itu tidak sesuai dengan jiwa mereka, jadi mereka malu untuk pulang bertemu dengan keluarga,” katanya dalam sidang media selepas sesi dialog itu yang diadakan di Pusat Latihan Khidmat Negara Geo Kosmo, di sini hari ini.

Rohani berkata, antara perkara lain yang turut dibangkitkan golongan itu pada sesi dialog itu adalah mengenai tawaran peluang pekerjaan yang lebih sesuai selain penyediaan tempat tinggal untuk mereka.

Penganjuran program itu adalah siri Dialog TN50 oleh kementerian itu bersama kumpulan sasar bagi memberi peluang mereka menyuarakan harapan bagi meningkatkan taraf hidup mereka. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah JSKK Sarawak Mahu Pantas Selesai Kes

19/04/2018
0

KUCHING - Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak (JSKK) Sarawak menetapkan sasaran untuk menyelesaikan kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam tempoh enam...

Lelaki Mangsa Keganasan Rumah Tangga Perlu Tampil

01/04/2018
0

ISKANDAR PUTERI – Kaum lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga diminta tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan pembelaan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd