• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairul Hafiz Azam Catat Bawah 10 Saat

oleh AK-47
27/09/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan berhasrat untuk melakukan catatan bawah 10 saat, sekali gus mengekalkan kedudukan selaku atlet terpantas di rantau Asia Tenggara dalam acara 100 meter.

Hasrat itu disuarakan Khairul Hafiz, selepas seorang atlet Jepun Yoshihide Kiryu berjaya memecahkan rekod kebangsaan negara berkenaan dalam acara 100 meter dengan catatan 9.98 saat, baru-baru ini.

“Ia satu motivasi kepada saya untuk bersaing di pentas antarabangsa. Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Khairul Hafiz dianugerahkan Olahragawan Harapan pada Majlis Anugerah Juara Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.

Dalam pada itu, Khairul Hafiz yang dikenali sebagai ‘The Speedy Jantan’ berkata beliau kini semakin pulih daripada kecederaan dan telah memulakan latihan bersama jurulatihnya Poad Kassim di SSTMI.
​​
Selain itu, Khairul Hafiz turut memaklumkan beliau berjaya melayakkan diri untuk bersaing pada Sukan Asia di Indonesia, tahun depan.

“Fokus saya sekarang untuk Sukan Asia. Saya akan cuba mendapatkan kembali pingat emas yang telah dimenangi Datuk Rabuan Pit dan saya akan buat yang terbaik,” katanya.

Khairul Hafiz berkata beliau juga sedang memberi fokus untuk layak secara merit untuk​​​​ mewakili negara ke Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia.

Sebagai persediaan menghadapi kedua-dua temasya sukan berkenaan tahun depan, Khairul Hafiz dijangka beraksi pada Kejohanan Dalam Dewan Dunia di Birmingham, London, Mac tahun depan. – BERNAMA

Tags: Khairul Hafiz Jantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khairul Hafiz Hanya Catat 10.70s

09/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Aksi pertama Khairul Hafiz Jantan pada musim ini tidak seperti yang dijangkakan apabila raja pecut negara itu...

Khairul Hafiz Intai Perbaharui Rekod Kebangsaan

08/12/2018
0

PUTRAJAYA – Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan menyasarkan untuk memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara 100m dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd