• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Venue MICE Tersebar Di Asia Tenggara Menjelang 2021

oleh AK-47
27/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia akan mempunyai venue mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) terbesar di Asia Tenggara di sini, berikutan penggabungan Pusat Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyExpo) dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menjelang 2021.

Semasa merasmikan majlis pecah tanah MyExpo di Precint 5, di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pusat konvensyen berkenaan dengan keluasan kasar 1.5 juta kaki persegi itu akan menjadi pusat pameran terbesar di Malaysia apabila siap pada tahun 2020.

MyExpo, dengan ciri-ciri reka bentuk yang unik dan boleh menampung 60,000 orang pada satu masa, dengan unjuran pendapatan tahunan sebanyak RM500 juta, katanya.

“Oleh itu, apabila MyExpo membuka pintunya pada tahun 2021, ia bukan sahaja akan menyumbang kepada peningkatan jumlah pelawat ke negara kita, tetapi juga mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Ini akan membantu menjadikan Putrajaya sebuah bandar raya yang benar-benar memenuhi keperluan perniagaan dan aktiviti santai, bukan sahaja untuk penduduk tempatan tetapi juga untuk hos kepada warga negara lain yang dijangka tinggal dan bekerja di sini,” katanya.

MyExpo adalah pembangunan fasa pertama MyExpo City di kawasan Pembangunan Bercampur Bersepadu dan Diplomatik.

Tapak baru MyExpo City itu terletak bersebelahan PICC dan projek itu dijangka melengkapkan dan membawa nafas baru kepada PICC yang memenuhi sebahagian besarnya untuk persidangan, kongres dan konvensyen sejak 2013.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata MyExpo City yang meliputi kawasan seluas empat juta kaki persegi akan mempunyai taman serta hotel empat dan lima bintang.

Beliau berkata sektor MICE merupakan cadang industri pelancongan global yang berkembang pantas dengan industri MICE Malaysia menarik 111,298 perwakilan ke 153 acara dan menjana hasil sebanyak RM1.035 bilion pada tahun lepas.

Menjelang 2020, pelancongan perniagaan dijangka menyumbang sebanyak RM3.9 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar dan menjana 16,700 pekerjaan, katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd