• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar UiTM Harumkan Nama Malaysia

oleh AK-47
26/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Tiga mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengharumkan nama Malaysia di persada dunia apabila dua produk penjagaan diri ciptaan mereka diiktiraf sebagai antara produk ciptaan terbaik di peringkat antarabangsa.

Produk krim rawatan kulit dan gel rambut ciptaan Muhammad Salman Samin, Mohamad Kamarul Mohamad Sipi dan Nasywa Yazid memenangi pingat emas dalam pertandingan Anugerah Pencipta Muda Antarabangsa Ke-4 (IYIA) 2017 di sini semalam.

Pasukan pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia UiTM Cawangan Pulau Pinang itu mencipta krim rawatan kulit “Murcogen” yang diperbuat daripada herba rumput Beijing untuk melega sakit kulit dan gel rawatan rambut “Amur Hair” yang berasaskan daun durian belanda bagi mengatasi pelbagai masalah rambut.

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM Pulau Pinang Mohamed Syazwan Osman yang juga penyelia kajian produk pelajar berkenaan berkata, kejayaan mereka mendapat pingat emas adalah sesuatu yang sangat membanggakan UiTM cawangan Pulau Pinang kerana ia adalah penyertaan kali pertama.

Katanya, mereka tidak menduga akan mendapat hadiah pingat emas sekali gus untuk kedua-dua penyertaan dan ia adalah satu sejarah baharu dalam penghasilan kajian oleh pelajar UiTM Pulau Pinang.

Beliau berkata, bukanlah sesuatu yang senang untuk memenangi hadiah pingat emas kerana terpaksa bertanding dengan 250 produk yang dicipta oleh para pelajar instistusi pendidikan tinggi dan sekolah-sekolah berasrama penuh daripada 13 buah negara.

Mohamed Syazwan berkata, Malaysia telah menghantar sebanyak 60 projek produk ciptaan pelajar dari beberapa institusi pengajian tinggi dan beberapa buah sekolah berasrama penuh.

“Bagi dua produk ciptaan pelajar UiTM itu, kita telah failkan untuk paten dan ia telah mendapat permintaan industri untuk dikomersialkan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, UiTM berharap kejayaan para pelajar itu dapat menyuntik semangat universiti berkenaan untuk terus berinovasi dan membangunkan bakat khususnya anak muda Malaysia untuk menempa kejayaan di peringkat antarabangsa.

Pertandingan yang terbuka bagi anak muda berusia bawah 30 tahun itu dianjurkan oleh Indonesia Innovation and Invention Promotion Association (INNOPA) dengan kerjasama Universitas Mercu Buana dan World Inventor and Innovators Asssociation (WIIA). – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Kalah PRN Johor Kesan Balas Larangan Penternakan Babi Di Selangor – Ronnie Liu

PH Kalah PRN Johor Kesan Balas Larangan Penternakan Babi Di Selangor – Ronnie Liu

13/07/2026
0

SHAH ALAM - Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa antara faktor kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd