• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesakit Buah Pinggang Perdagang Pembantu Rumah

oleh AK-47
26/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pesakit buah pinggang kronik dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperdagangkan seorang wanita rakyat Indonesia dengan melakukan eksploitasi tugas pembantu rumah.

Nor Fatin Mohd Kadim, 28, yang hadir di mahkamah berkerusi roda, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas Ridona Manurung, 28, di sebuah rumah di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, antara 4 Jan 2016 hingga 20 Sept lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Jaizah Jaafar Sidek yang mengendalikan pendakwaan tidak mencadangkan sebarang ikat jamin memandangkan pertuduhan yang dikenakan ke atas Nor Fatin tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya mahkamah cenderung untuk membenarkan tertuduh diikat jamin, pihaknya mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM30,000 selain pasport tertuduh ditahan di mahkamah.

Peguam Khairul Nizam Abd Razak yang mewakili tertuduh pula memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan wanita itu perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu di hospital.

“Ibu bapa anak guam saya sedang mencari jalan untuk buat pemindahan buah pinggang di luar negara dan memerlukan dana cukup besar. Justeru pohon anak guam saya dibenarkan diikat jamin antara RM8,000 ke RM9,000,” katanya.

Hakim Mohd Sabri kemudian membenarkan Nor Fatin dibebaskan dengan jaminan RM15,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 24 Okt untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: Perdagang Pembantu Rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd