• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Beranak Maut, Suami Selamat Kejadian Tanah Runtuh

oleh Ahmad Albab
31/12/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH (Perak) – Seorang wanita hamil dan anak lelakinya maut manakala suaminya terselamat apabila bukit di belakang rumah yang mereka diami runtuh di Kilometer 46 Jalan Brinchang-Tringkap, Cameron Highlands di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu berkata M. Nitiahwaty, 24, yang sedang hamil lapan bulan serta anaknya R. Rubeniswaran berusia setahun maut akibat tertimbus tanah manakala suaminya V. Raja, 41, patah kaki kiri dalam kejadian pada 5.30 pagi itu.

Wan Zahari berkata mangsa yang tinggal di sebuah rumah di belakang bengkel kereta tidak sempat menyelamatkan diri melalui pintu bengkel berkenaan.

MENARIK – NGERI… Kuala Krai Selepas Banjir Memang Macam Tsunami Melanda!

“Raja bekerja di bengkel kereta itu dan mereka mendiami sebuah rumah haram yang hanya diperbuat daripada kayu dan plastik.

“Ketika kejadian, mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi pintu bengkel itu tertutup dan tanah menghempap mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata suami mangsa tertimbus sehingga paras dada namun sempat diselamatkan pihak bomba manakala isteri serta anaknya tidak sempat diselamatkan kerana telah tertimbus.

Wan Zahari berkata kesemua mangsa warga tempatan itu dihantar ke HospitalSultanah Hajah Kalsom di Tanah Rata.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Yusry Abdullah Sani berkata suami mangsa diselamatkan pada 7.15 pagi manakala mayat kanak-kanak itu dikeluarkan kira-kira 8 pagi dan mayat ibunya 30 minit kemudian.

“Ketika menyelamatkan mangsa lelaki itu, beliau berada dalam keadaan lemah kerana separuh badannya telah tertimbus manakala isteri dan anaknya ditemui tertimbus,” katanya. – BERNAMA

Tags: Cameron Highlandstanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd