• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Cari Bukti Di Taman Tasik Datuk Keramat

oleh Ahmad Albab
26/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sedang mencari bahan bukti dipercayai pemutar skru yang digunakan tujuh suspek sewaktu kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat Hujung, di sini.

Susulan itu, sepasukan anggota penyelam PDRM dikerahkan ke Taman Tasik Datuk Keramat yang terletak di belakang pusat tahfiz itu hari ini sejak 10.30 pagi tadi yang turut disertai pasukan penyiasat dan Unit Forensik.

Menurut sumber, bahan bukti itu dicampak ke tasik berkenaan selepas insiden itu dilakukan.

“Pemutar skru itu dipercayai digunakan bagi memasuki premis berkenaan. Bahan bukti ini penting bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya ketika ditemui Bernama.

Turut kelihatan, seorang daripada tujuh suspek yang dibawa ke kawasan taman tasik berkenaan dipercayai bagi menunjukkan lokasi pemutar skru itu dibuang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Semalam, polis membawa ketujuh-tujuh suspek ke lokasi kejadian dipercayai untuk menerangkan kepada pasukan penyiasat apa yang berlaku pada malam kejadian, 14 September lepas.

Kebakaran pusat tahfiz itu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru akibat terperangkap di asrama di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat itu.

Pada Jumaat lepas, tempoh reman tujuh remaja disyaki terlibat dalam kes kebakaran di pusat tahfiz itu disambung tujuh hari lagi sehingga 29 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 kanun yang sama kerana khianat menggunakan api. – BERNAMA

Tags: Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ittifaqiyah: 9 Mayat Penghuni Tahfiz Ditemui Rentung

20/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Dua pakar forensik yang memeriksa 11 daripada 23 mayat penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang maut...

Kebakaran Tahfiz: DNA Lelaki Ditemui Pada Tong Gas

29/01/2019
0

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah diberitahu terdapat kesan DNA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd