• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bawa Uber’ Tanpa Permit, Aeril Zafrel Ditegur SPAD

oleh
26/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA sangka perkara yang dianggap mungkin gurauan itu boleh berubah menjadi sesuatu yang serius?

Baru-baru ini tindakan pelakon kacak, Aeril Zafrel yang memuat naik satu posting di laman Twitter dilihat mendapat teguran daripada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Menerusi gambar berkenaan memaparkan pelakon itu yang sedang duduk dalam sebuah kereta sambil memegang steering. “Need Uber? Call Me,” tulisnya dalam posting berkenaan.

Gambar tersebut secara tidak langsung telah mendapat maklum balas daripada pihak SPAD setelah salah seorang pengguna laman sosial itu mengulang kicau (retweet) status berkenaan di akaun @aduanSPAD.

“Tindakan boleh diambil jika kereta persendirian digunakan sebagai pengangkutan awam tanpa permit,” tegur Akaun rasmi SPAD.

Bagaimanapun, suami kepada pelakon cantik, Wawa Zainal itu memaklumkan gambar yang dimuat naik itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata.

Difahamkan, posting berkenaan sebenarnya gambar yang diambil ketika Aeril sedang bercuti bersama keluarganya di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Dia sendiri akui dan tidak menyangka bahawa terdapat juga pihak yang akan mengambil serious mengenai posting berkenaan.

“Gambar selfie di dalam kereta itu diambil semasa saya dan famili bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Niat saya sahaja nak bergurau dengan peminat, tak sangka pula ada yang ambil serius sehingga memetik akaun SPAD di foto tersebut.

“Mungkin peminat pun nak bergurau, maklumlah di alam maya ni macam-macam ragam ada,” ujarnya memetik mStar Online.

Need uber?? Call me pic.twitter.com/WJaaTWqqVE

— AERIL ZAFREL (@aerilzafrel) September 25, 2017

Posting yang mendapat lebih daripada 800 likes itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Di mana rata-rata antara mereka begitu teruja dengan meninggalkan komen berbaur gurauan kepada pelakon tampan ini.

Sementara itu, dalam perkembangan terkini Aeril dikatakan bakal terlibat dengan dua penggambaran telefilem baru iaitu Mandatori dan Zahir Tak Terucap. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: Aeril ZafrelSPADWawa Zainal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

9 Penguat Kuasa Didakwa 164 Pertuduhan Rasuah

28/05/2019
0

SEBERANG PERAI - Sembilan anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd