• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Terbaik SPM 2003 Meninggal Dunia

oleh
26/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA masih ingat dengan Ahmad Atiq yang pernah dinobatkan sebagai pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terbaik Malaysia tahun 2003?

Beliau merangkul anugerah itu setelah berjaya mencapai keputusan cemerlang 15A penuh dalam peperiksaan tersebut.

Dukacita dimaklumkan bahawa Ahmad Atiq atau nama sebenarnya Dr. Ahmad Atiq Abdul Hamid telah kembali ke Rahmatullah pada 25 September 2017 (Isnin).

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya ketika di usia muda iaitu 31 tahun.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan selepas solat Zohor pada 26 September 2017 (Selasa) di Masjid Al-Muttaqin Taman Meru, Ipoh kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Meru Raya.

Difahamkan kematian Allahyarham adalah berpunca daripada masalah pendarahan dalam otak yang dialami beliau pada 22/9/2017 (Jumaat) lepas.

Ketika kejadian, Ahmad Atiq dilaporkan tidak sedar diri dan beliau telah segera dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bagi mengurangkan tekanan yang berlaku dalam otak serta membuang darah beku.

Bagaimanapun, bekas graduan perubatan dari Nottingham University, United Kingdom telah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi hospital itu semalam.

Keadaan beliau kali terakhir dilaporkan hanya bergantung pada sebuah alat pernafasan (ventilator) sebelum bantuan pernafasan itu diputuskan pada petang Isnin lalu.

Menurut sumber, apa yang berlaku pada Ahmad Atiq sebenarnya adalah intracerebral bleed (ICB). Dalam bahasa mudah adalah pendarahan otak yang disebabkan oleh arteriovascular malformation (AVM).

AVM adalah di mana satu keadaan arteri dan vein dalam bahagian otak yang bersambungan lalu menyebabkan pressure antara keduanya menjadi tak seimbang. (arteri pressure tinggi, vein pressure rendah).

Keadaan salur darah di kawasan berkenaan adalah amat sensitif dan dikatakan mudah pecah secara tiba-tiba.

Ahmad Atiq merupakan pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Karai, Kuala Kangsar. Selain itu beliau juga adalah seorang aktivis dakwah dan tarbiyah di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia dan IKRAM Health.

Ahmad Atiq mempunyai seorang isteri, Dr. Mai Shahira yang merupakan graduan perubatan Leicester University United Kingdom dan mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Allahyarham merupakan seorang doktor yang berjiwa besar dalam usaha menyumbang kepada ummah. Selain itu, beliau juga sangat aktif dalam aktiviti dakwah dan tarbiah bersama isterinya. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: meninggal duniaotak
Share259Tweet162SendShare

Related Posts

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sebelum ini terdapat menteri meninggalkan kekayaan sebanyak RM4 bilion apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd