• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JITN Lebih Mantap Tangani Integriti Tadbir Urus

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bahagian Integriti dan Tadbir Urus di bawah Jabatan Perdana Menteri telah dinaik taraf sebagai jabatan penuh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low.

Menyatakan Kabinet telah memberi kelulusan bagi penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) sebulan lepas, beliau berkata agensi itu akan berperanan sebagai badan penyelaras untuk menerajui perubahan transformasi dalam sektor awam serta swasta menumpukan pada tadbir urus baik, integriti dan hak asasi manusia.

“Sebagai sebuah jabatan, ia akan mempunyai bajet dan staf sendiri untuk menyokong perubahan transformasi yang perlu dilakukan untuk memenuhi objektif yang dicadangkan di bawah Transformasi Nasional 2050 (TN50),” katanya pada dialog TN50 di Institut Integriti Malaysia di sini, hari ini.

Low berkata JITN akan mempunyai jaringan dengan agensi seperti Biro Pengaduan Awam, Institut Integriti Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Beliau berkata jabatan baharu itu akan bekerjasama dengan ketua setiausaha semua kementerian dalam usaha melakukan penambahbaikan dalam budaya kerja perkhidmatan awam negara ini.

Low berkata JITN juga akan mengkaji cara untuk menangani kelemahan dalam perkhidmatan awam seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

17/10/2026
0

Oleh Mynewshub PETALING JAYA – UMNO digesa menjelaskan sama ada mengetahui atau merestui surat yang didakwa diutus Menteri Besar Negeri...

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

17/10/2026
0

OLEH MYNEWSHUB   PETALING JAYA: Pemimpin Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengesahkan beliau antara dua individu yang ditahan Jabatan Agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd